Anda Dihargai....

Rabu, 25 Januari 2012

Kenangan itu..... =)

Cuti hujung tahun lalu, pastinya banyak kenangan mengusik minda masing-masing. Seperti biasa, sebelum si ibu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan, hujung tahun lalu kami penuhi dengan makan angin ke Shah Alam.... Mungkin nampak biasa, ye lah dekat sahaja, tak sejauh yang sebelum-sebelum ini... Namun, kenangan itu cukup meninggalkan kenangan manis buat kami, khususnya anak-anak yang tersayang....

Di awal perjalanan kami ke Masjid Shah Alam....

 









Kemudian, kami ke sebuah perpustakaan di negeri Selangor, perpustakaan ini dibangunkan oleh Kerajaan Negeri, iaitu semenjak di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri yang baru. Memang sangat canggih perpustakaan ini...

Cantik je nama perpustaakn negeri Selangor ni..... 
Pandangan dari tepat parkir
Pandangan dari tempat makan
Tempat makan
Tempat makan unik
Cantik kan...?
Tempat Parkir - pandangan dari pintu keluar perpustakaan
Selepas itu, tempat menginap menjadi masalah apabila hampir kesemua hotel yang kami hubungi penuh. Akhirnya, salah seorang kakitangan pihak perpustakaan mencadangkan INTEKMA Shah Alam, tidak jauh dari pusat bandar Shah Alam.

Intekma Shah Alam
Hiasan dalaman Intekma
Posing dengan Asmaa'
Anak-anak air.....selepas lencun bermain air!
Payah nak suruh dok diam ambil gambar ni.


Kelakar pun ada!
Aksi menarik 1 - Merangkak kaki ke atas
Aksi menarik 2 - Teknik mengapung diri
Feel good!
Mana kaki Asmaa'???
Along?!

Senja di Intekma sungguh cantik...mendamaikan.....




Laluan ke bilik penginapan
Apabila senja berlabuh, usai solat Maghrib dijamakkan dengan Isya', kami meneruskan kembara cuti hujung tahun lalu dengan menuju ke tempat yang dijanjikan i-City Shah Alam.... Huh! Memang seronok....









Beberapa keping gambar yang sempat dirakam, sebelum kamera pun turut "membeku".... :











Ahad, 15 Januari 2012

Kesempatan ini...

Alhamdulillah, diberi juga kesempatan ini akhirnya oleh Allah untuk mencatat sebaris dua kata... Agak tercuit hati ini bila pagi tadi, seorang sahabat lama(berpangkat adik) menanyakan padaku, bila nak menulis buku.... Tercatit juga sedikit sebab mengapa dia nak aku menulis... Tersenyum dalam diam.....


Tak berapa ingat pulak, apakah dia dah maklum dengan blog yang aku ada ni... namun, masih ingat lagi di zaman belajar dulu, selalu kami diingatkan bahawa bakat penulisan ini adalah suatu anugerah...maka janganlah dipersiakan. Menulis itu kekadang lebih tajam dari mata pedang... Dan kini, menulis adalah satu medan amar ma'aruf nahi munkar, suatu transformasi metodologi dakwah masakini...apatah lagi dengan pelbagai macam isu yang melanda masyarakat, pincangnya golongan muda yang semakin terpesong dari landasan di dunia ini (contoh:terkilan-atau-biarkan?) yang mungkin juga sebagai usaha pihak musuh Islam untuk menjatuhkan dan merosakkan umat akhir zaman ini...

Atas sebab itulah, insya Allah, selagi ingat akan tuntutan dakwah dan selagi termampu untuk menyampaikan akan kuteruskan usaha ini walaupun mungkin hanya sekelumit berbanding dengan mereka yang lain... Insya Allah sepertimana sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w, sesuatu amal itu, biarlah sedikit tetapi berkekalan.... 

Apa yang diharapkan agar diberikan oleh Allah rasa istiqamah dalam diri ini agar terus yakin dengan ad-deen suciNya ini dan biar Muhammad s.a.w itu sahaja sebaik-baik contoh dalam kehidupan....

Semoga Allah mempermudahkan segalanya.....

Ahad, 4 Disember 2011

Aktiviti-aktiviti cuti sekolah.....

Bila cuti sekolah panjang datang, waktu cuti begini biasanya diisi dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat....dengan harapan, anak-anak tersayang tidak merasa bosan atau rasa tak terisi cuti mereka....

Barang keperluan kraftangan bersama Asmaa'
Pandangan landskap
Bentukkan rangka rumah dari kotak tisu
'Mengukur' bahagian bumbung rumah
Ini hasilnya........
'Rumah surat khabar' dah siap - tapi belum dihias
Rumah surat khabar yang telah siap
Rumah surat khabar - pandangan hadapan
Asmaa' dan rumah surat khabarnya
Kadang-kadang tu, memang susah nak mengambil hati semua orang anak.... Ada saja sifat iri hati antara mereka. Penat ibunya nak melayan semua kehendak hati....tapi, walaupun penat tapi cukup gembira dan bahagia dengan karenah mereka semua....

Bermain 'sahibba'
Berat ke kanan bawah
Sahibba - versi English(permintaan Asmaa')
Masing-masing ada minat tersendiri... Kadang-kadang, dalam senyap mereka ada aktiviti sendiri yang lambat laun, ibunya dapat kesan daripada gambar-gambar yang dirakam...

Kereativiti Angah dengan "Tower Up" nya
Kenakalan Ziad dengan cara minum air paling kreatifnya
Angah dengan sentuhan arkitek nya
Gelagat along pulak, bila dihadiahi sebuah kemera selepas memperolehi 5A, dah jadi macam jurukamera. Ke mana sahaja dengan kameranya. Inilah hasil seni seorang jurukamera baru :

Sang misai di balik jeriji
Si misai kuyu
Tajamnya mata sang misai
 Pokok kunyitku yang mula menjadi 
Terung atuk di kebunnya
Pandangan atas pokok bendi
Inilah rumah lama
Pemandangan 1
Pemandangan 2
Pemandangan 3(malam)

Ahad, 27 November 2011

Segenggam T.A.B.A.H.....

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya





Senilagu : Fadzli Far East Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Fadzli Far East
Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Sabtu, 26 November 2011

SALAM MA'AL HIJRAH 1433H....

 
Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah
 
Mengagungi hijrah yang dilakukan oleh Junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w, sama-samalah kita berusaha menuju kepada sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah kita perolehi sekarang ini. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang lebih baik dari yang sememangnya baik-baik sahaja pilihan kita. 
 
Ya Allah,  ampunkanlah dosa-dosa kami dan keluarga kami sepanjang setahun ini, dan peliharalah kami dan keluarga kami dari segala tipudaya syaitan dan seumpamanya....

Amin....



Jumaat, 18 November 2011

6 rahsiaNya kerana 6 perkara.....

SAHABAT UMAR BIN AL – KHATTAB R.A. BERKATA:

Allah merahasiakan 6 perkara kepada hambanya disebabkan 6 perkara iaitu:
1) Allah merahasiakan keredhaannya kepada hambanya yang taat agar hambanya itu tetap terus berbakti / taat.
2) Allah merahasiakan turunnya Lailatul Qadar di bulan Ramadhan agarhambanya selalu berusaha untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh tanpa mengingat / mengenal / merasa bosan.
3) Allah merahasiakan wali – walinya / hamba hambanya yang soleh kepadaorang banyak agar mereka tidak dipuja – puja / disembah-sembah disebabkan oleh kemuliaannya karena wali – wali Allah itu tergolong orang yang mempunyai kelebihan ilmu.


4) Allah merahasiakan umur seseorang hamba agar ia selalu bersiap sedia untuk mati dan rajin beramal yang soleh
5) Allah merahasiakan tentang keutamaan salatul wusto / sembahyang yang utama daripada solat solat yang lain agar hambanya itu tetap rajin dan berusaha mencapainya (Salatul Wusto)


6) Allah merahasiakan tentang siapa jodoh kita nantinya agar hambanya mencari jodoh yang terbaik untuknya

Jumaat, 4 November 2011

Salam dihulurkan.....






Semoga selamat semua umat Islam yang sedang berkumpul di Arafah sekarang ini. 
Seramai 2.5 juta umat Islam berhimpun tahun ini menandakan kebesaran Allah, 
akan penyatuan hati dan fikrah semua yang bergelar Islam. 
Semoga suatu hari nanti 
diri ini turut kan menjadi tetamuNya di sana, 
suatu cita-cita terpendam yang 
hanya Allah sahaja mengetahuinya...

SALAM AIDIL ADHA 
buat semua pengikut blog ini...

Related Posts with Thumbnails