Anda Dihargai....

Selasa, 30 November 2010

...buat ku teringat kembali.

Pada sebelah petang tadi, seperti biasa, membawa ibu ke klinik untuk rawatan bulanan. Ke Klinik Amal, Bkt Katil, Dr Rahimah; yang juga bekas murid ibu dulu, di SRK Durian Daun. Seperti biasa rawatan yang ibu terima, tidak perlukan sebarang bayaran, mungkin itulah amalan doktor ini, sebagai membalas jasa seorang gurunya... Semoga lebih dirahmati Allah insan-insan mulia seperti ini....

Dengan ruang waktu yang singkat, kesempatan diambil juga untuk dapatkan tekanan darahku yang terkini...kerana akhir-akhir ini, sering benar rasa kepeningan dan sakit(bengal) kepala. Belum pun sempat mesin pengukur tekanan darah itu menunjukkan bacaannya, dapat kurasa, debaran di dada, memang rasanya kali ini, tekanan darah yang bakal ditunjukkan akan tinggi juga....

Sah : 143 / 104.... Huh....
Terkenang <<<
Masih ingat lagi, insiden 25 Oktober yang lalu, selain daripada istimewa akan hari itu, suatu hadiah paling istimewa yang ALlah kurniakan buatku, bilamana hidungku berdarah, semasa mesyuarat berlangsung. Terlalu emosional barangkali, bila kusuarakan tentang satu perkara yang mungkin menjadi sejarah dalam hidupku, mahupun sejarah di tempat aku mencari rezeki, sesuap nasi itu...hanya Tuhan yang tahu, bagaimana ketika itu, bercampur baur perasaan dalam fikiranku, selepas teman sebelah menegur, "hei, hidung awak berdarah lah...!". Tersandar aku dibuatnya....

Kesan darah pada tudung.

Kesan darah yang banyak pada tisu

Ada hikmah, bila ke klinik berdekatan dengan rumah, doktor memberitahu, tekanan darah yang amat tinggi sehingga menyebabkan ia memberi 'pressure' ke bahagian kepala dan pergi ke saluran darah yang halus(kapilari darah) yang berada di hidung, maka hidungku berdarah! *Ini penjelasan doktor di klinik tersebut. *Tekanan darahku pada hari itu = 164/113. Memang terperanjat besar aku dbuatnya. Maka, dapatlah cuti rehat sehari(keesokan harinya). 

Malamnya, hidung yang berdarah ni, bukan senang pulak untuk berhenti pendarahannya... Agak lama jugak kena rehatkan diri(menyandar) dan rilekskan minda...

>>>sehari berlalu,
Seawal esok paginya, selepas anak-anak kuhantar ke sekolah(perkara yang sekali sekala dapat kulaksanakan, bila dapat Cuti Sakit begini), biarlah itu hak anak-anak, selagi terdaya kuberikan kasih sayang untuk mereka...apa yang membuatkan aku benar-benar terperanjat, bila telefon bimbit ku menerima satu pesanan ringkas, seawal 7:49 pagi. dalam hati, ku teringatkan pada anak-anak murid tingkatan 4 yang akan berhadapan dengan PAT Biologinya hari itu...

Hari ini, pesanan ringkas yang kuterima ini akan ku'delete' dari telefon bimbit ini, namun sebelum itu, biarlah kunukilkan di sini, sebagai satu titik sejarah hidupku....yang tak mungkin mudah untuk kulupakan, kerana ia benar-benar terkesan dalam hati ini...

"If u r not happy with my 'teamwork', tell me not in a meeting 
that has none connection!
pls don't try 2 get people attention by bleeding nose, 
that's pure CHEAP acting!"

Menitis air mata
Masya Allah...Astaghfirullah...Ya Allah, apakah yang sedang berlegar di ruang fikirannya... siapakah gerangannya yang "memanjangkan" cerita kepada dia, kerana beliau tiada dalam mesyuarat semalamnya. Apakah dia benar-benar jelas apa yang kuperkatakan semalam...? Ya Allah...betapa lemahnya imanku, betapa hinanya diri ini, terasa begitu sedih yang amat... Mungkin tidak sampai aku ke medan perjuangan, menghunus pedang demi mempertahankan aqidah, namun bila berkata-kata tentang suatu yang Haq, amatlah kerdil iman dalam diri, kerana umpama tergugat dek cemuhan, amaran, cercaan mereka di sekeliling.....

Ah,biarlah....akhirnya, terkeluar juga dari mulut ini, biarpun payah bagiku......ALLAH KAN ADA, Dia akan tetap bersama mereka yang benar dan menegakkan kebenaran. Usah kau ragu, usah kau bimbang, yakinlah yang kau telah melaksanakan satu amanah yang benar lagi membenarkan, insya Allah...

Apa yang menimpa diriku, tak ramai di kalangan rakan setugas yang tahu, hanya mereka yang benar-benar sahabat dapat menyelami apa yang kulalui semalam. Ya Allah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....setelah sekian lama di bumi bertuah itu, namun entah mengapa hatiku ini bagaikan tidak tenteram dan tenang di situ, sejak akhir-akhir ini lebih-lebih lagi... Mungkin sebagai kafarah dosaku yang terdahulu, mungkin juga sebagai peringatan dariMu kepada semua yang di sana agar jangan dilupa segala batas yang telah ditetapkan atau barangkali juga sebagai tingkatan iman untuk mereka yang dipilihMu... Apapun yang hakikatnya, perkara yang telah berlaku itu, biarkan ia berlalu...memori tragis ini, biar ia terpahat di lubuk hati ini yang paling dalam...usahlah hendaknya ianya berulang lagi, kasihan kulihatkan anak-anak didikku yang kehingusan, pinta bimbingan lagi pimpinan, namun bila terhidang sajian mengasyikkan, masakan diri lemah iman, tak terdorong untuk sama-sama meraikan.....Astaghfirullah....Astaghfirullah...Astaghfirullah........

Doa qudusku buat anak-anak didikku sekalian, agar terus terpelihara dan terlindung dari angkara kemungkaran dan kejahilan yang mungkin datang tanpa sedar, menusuk dalam aroma kehidupan bersama-sama sahabat dan taulan, di samping mereka yang lebih dewasa namun adakalanya, kami bukanlah yang terbaik untuk kalian gelar murobbi sejati... Astaghfirullah....

Ampunkanlah dosa kami, Ya Allah....
Ampunkanlah dosa kami, Ya Allah.....
Ampunkanlah dosa kami, Ya Allah.....


Sebelum melelapkan mata ini, terima kasih buat bekas adik seusrah, saudara Izzudin Alimin, yang juga seorang pakar pemakanan, dalam bualnya seketika tadi, membaitkan beberapa tips kesihatan untuk kujadikan pedoman, agar taraf kesihatanku yang mula merosot ini tidak berlanjutan teruknya....

Antara katanya :
ptama:
pastikn stiap kali mkan nasi ada sayur hijau..ulam tlebih baik
kedua: kalu dpt gak sgt2 baik setiap hari 2 kali makan buah-buhan...
k3: jaga tido..jgn lewat sgt..cukup rehat
k4: perasan mknn spt garam gula kene kurang2, penambah rasa spt kicap, seasoning.. tu semua kene jaga/hati2
lain-lain:
bole minum air byk: 1.5L saiz tu 2 kali sehari minima...
try teh tanpa gula,teh lebih baik dr kopi tp teh o
teh herba pun ok

Isnin, 29 November 2010

Menu "ad hok"...

Bilis Tempoyak
(^_^)
Sambal Goreng Sadin favourite!

     Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

                     Maka, lauk 'ad-hok' pun, jadi menu hari ini...
semoga air tangan ini menjadi berkat buat anak-anak ibu semua.....

   Kenangan makan keropok lekor di Terengganu


Sabtu, 27 November 2010

Destinasi CINTA

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
 
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

 
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Khamis, 25 November 2010

Karya Faisal Tehrani : Tunggu Teduh Dulu


Tunggu Teduh Dulu, hasil karya Faisal Tehrani.Harga dalam Rm29.00 dengan  hampir 700 muka surat. Faisal Tehrani merupakan seorang novelis yang gaya penulisannya selalunya akan diselitkan dengan 'islamica genre'. Pada awal tahun 2008, buku ini aku beli dari Kedai Buku Thai Kuang di Mahkota Parade, dan memeranjatkan diriku sendiri, aku telah dapat menyelesaikan pembacaannya dalam tempoh lebih kurang seminggu sahaja...! Apa istimewanya novel ini...?

Novel ni mengisahkan seorang gadis yang bernama Salsabila Fahim, yang mengusahakan sebuah ladang betik dibantu oleh sahabat nya, Teh Sofia beserta beberapa watak-watak sampingan lain.  Watak lelaki dalam novel ni adalah Kamil, Lam dan Sazli ( hero ) dan ada watak sampingan lain seperti Shahruzzaman serta pekerja-pekerja ladang.

Sebenarnya, cerita dalam novel ni bermula dengan imbauan kisah silam di minda salsabila atau nama poplularnya Sal. Sal, Kamil dan Lam semasa kecilnya adalah rakan sepermainan. Kamil  seorang yang suka bersyair dan Lam pula kuat berfalsafah ( Lam bebangsa Cina, pada awalnya ).
Nak dipendekkan cerita, Sal ada ibu tiri dan seorang adik bernama Shahruzzaman. Ayah ditelah meninggal dunia di Mekah. Sal ni agak pening dengan perangai adik dia yang selalu timbulkan masalah. dan ladang betiknya kena serang penyakit iaitu penyakit nithen.

Berlaku cinta tiga segi ke berapa segi antara Kamil, Lam dan Sazli. Perbuatan Kamil yang selalu mendekati si Sal membuatkan Teh Sofia merajuk lalu melanjutkan pelajarannya ke Australia.

Akhirnya Sal dalam dilemma nak uruskan ladang lagi, nak jaga mak tiri dia yang tenat lagi, nak jaga adik dia yang degil dan nak jaga hati si Lam dan Kamil lagi ( kebetulan Lam dah masuk Islam - tukar nama Saifullah ) Namun, penulis menunjukkan sifat ketabahan pada diri Sal,bagaimana dia dapat menghadapi semua masalah itu. 
 
Faisal Tehrani
 
 
Di akhir kisah ini, Sal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, tapi siapa? Kenalah baca sendiri...anda pasti seronok dengan sentuhan bahasa Faisal Tehrani...


Isnin, 22 November 2010

LAST BREATH


 
From those around I hear a cry
A muffled sob, a hopeless sigh
I hear their footsteps leaving slow
And then I know my soul my fly

A chilly wind begins to blow
Within my soul from head to toe
And then last breath escapes my lips
It's time to leave and I must go

So it is true but it's too late
They said each soul has its given date
When it must leave it's body's core
And meet with it's eternal fate

Allahurabbuna salimna (sallim sallimna) 3x

CHORUS
Oh, mark the words that I do say
Who knows tomorrow could be your day
At last it comes to heaven or hell
Decide which now do not delay

I cannot see, my eyes are blind
Am I still me ?
Or has my soul been led astray ?
And forced to pay a priceless fee

Alas to dust we all return
Some shall rejoice while others burned
If only I knew
I knew it before
The line grew short
And came my turn

And now as beneath the sod
They lay me with my record flawed
They cry not knowing I cry worse
For they go home I face my God

Allahurabbi..........

ULANG CHORUS

Come on my brother, lets pray decide
Which now do not delay 

 Singer : Ahmed Bukhatir
Album : Hafiz Hamidun

Ahad, 21 November 2010

Hati yang Mudah Terasa

Lebih senang memaafkan seorang musuh dari memaafkan seorang kawan
< William Blake >


Mengapa harus begitu? Bukankah sifat Rasulullah itu amat mudah memaafkan.....? Ini soal hati...hati yang mungkin terlalu sensitif, hati yang amat mudah terhiris dek sikap 'kawan' itu tadi...seperti kata William Blake. Hati seorang manusia biasa yang amalannya hanya sebagai amalan orang awam...kadar ketakwaan yang alakadar adakalanya tidak tercapai tahap untuk menangkis rasa dan perasaan yang melanda jiwa...

Sedangkan empunya hati itu tadi sering berkata dan sangat memahami...Allah segalanya, namun hati tadi yang kerap juga lupa, akan mudah terasa akhirnya.... Maka, akan terselitlah sedikit rasa keterkilanan atas sikap dan perlakuan mereka, insan-insan yang diharapkan, mereka yang rapat dan sering bersama. Secara sedar apatah lagi tanpa sedar maka sang empunya hati akan terus terasa....

Ya Allah, damaikanlah empunya hati ini...
Ya Allah, tenangkanlah seketika kocak air di kolam hati ini
Ya Allah, tiuplah semangat dan kekuatan yang sering dipohonkan..

Biar saja apa yang mereka ingin lakukan..
Bukankah itu hak mereka,
Detikkanlah di hati mereka akan coretan hati ini...
Semoga akan tiba suatu masa nanti,
Bila empunya hati ini, tiada lagi di alam maya ini
Moga hati-hati itu, kan insaf atas segala perbuatannya........



Jumaat, 19 November 2010

UCAPAN khas buat diri sendiri....


Dulu, perasaan biasa je, kalau cuti sekolah tiba. Tapi, sekarang, gembira yang teramat-amat sangat bila sekolah mula bercuti...mengalahkan anak-anak yang sedang aktif di zaman persekolahannya....

Mungkin ini, petanda diri ini sudah semakin mengorak usia....insaflah diri, cuti ini, sebelum sibuk semula, rehatkanlah diri, demi anak-anak, demi kesihatan dan demi kebahagiaan yang lebih hakiki... Dunia dikejar, tapi akhirat yang lebih kekal....
Ingat kata-kata ini yang dapat kau semat di minda, semasa jamuan perpisahan Ustazah Lailawati tadi, di Straits Meridian....

I'd rather be a FAILURE at something I enjoy,
than be SUCCESS at something I hate....

*Silalah beri komen untuk entri ini....

Isnin, 15 November 2010

Labbaikallah....

During the last two days, about 170.000 Hajj pilgrims have been grouped and transported by 4.000 buses to the holy places.  The rest (30.000 pilgrims) will perform today's  prayer (the Friday Prayer) at the Prophet’s Mosque and then they will  head toward Mecca where they will be performing their rites.

 
Since the start of the Hajj season, more than 16.000 buses have left Medina carrying Hajj pilgrims and heading towards Mecca.  As a measure of security and to ensure the safety of the Hajj pilgrims, the Saudi official authorities have placed a ban on the buses departure time not letting them depart after 11 p.m.

This ban has been proved to be effective and it has considerably undermined the number of crashes on the Al-Hijra road that connects Medina, Mecca and the holy sites.
The number of Hajj pilgrims this year has transcended the expectations.  According to the latest stats and official declarations , 800.000 Hajj pilgrims have been expected to arrive during  the first part of the season and one million during the second one , however 911.000 have already arrived in Medina by the  last Thursday.

 *HOPE I COULD BE THERE ONE DAY......

Ahad, 14 November 2010

Pinky Birthday for me, this year...

Tanggal 25 Oktober lalu....

Pinky Cake!
Nice and delicous!
  Terharu sungguh malam 25 Oktober lalu, rupa-rupanya dah tersiap sedia, kek yang agaknya si ayah dengan anak-anaknya lah punya perancangan.... Berbekalkan doa yang abang sendiri bacakan(seperti sambutan birthday ahli-ahli keluarga yang lain), malam itu, kami makan dengan penuh rasa syukur....

Doa dibaca dan diaminkan
  Makanan malam tu, selain daripada kek warna pink tu, beli dari pasar malam aje, al maklum lah siangnya, hari kerja, memang tak sempat... Syukur, anak-anak tak mogok... Hati berbunga-bunga, bila si suami dah mula pandai 'mengingati' hari ini....

Anak-anak cahaya mataku
Bersama suamiku...
  Selain daripada itu, agak tersentuh juga di hati, bila ada insan-insan tertentu tahun ini yang mengingati hari ini, sebagai suatu yang tidak mudah untuk kulupai. Bagai berpakat semuanya, mengapakah hampir semuanya, dari kek, hadiah, kad dan lain-lainnya, warna nya adalah merah jambu(PINK)? Sedangkan pink ni dengan diriku, macam ada allergy... Tpi, itulah kekuasaan Allah, sesuatu benda itu jangan benci sangat.... Maka, aku terima dengan redha....

A pink diary!(Thanks Hariyani)

A pink flower birthday card!(thanks 5IS)

Quite pinky too...(thanks Azira)

A pinky wrapper....thanks mentee!



A lovely key holder from my mentee; Syahirah and Zahirah.


  Terima kasih atas ingatan, syukur atas nikmat kewujudan ini dengan kesihatan dalam kehidupan yang semakin mencabar... Semoga apa yang "kupunyai" ini dapat menghilangkan sedikit sebanyak rasa gundah di hati... Biarlah apa yang mereka nak kata, Allah kan ada....

  Semanis-manis ingatan semua, ada satu lagi kisah dan peristiwa yang amat mengguris hati pada tarikh ini juga...semuanya, kuanggap sebagai hadiah istimewa yang Allah telah tetapkan untukku, sebagai peringatan dan sebagai tanda kasih sayangNya.... Nantikan, "the bleeding nose story"...

Selasa, 9 November 2010

Kenangan-kenangan itu.....

- Bulatnya! -
- Ice On Malaysia -


- Pernikahan Salamah Berahim -
- Pelengkap Majlis -
- Bersama Khair & anaknya(terima kasih yang ambilkan gambar) -

Sabtu, 6 November 2010

How to Develop a Positive Attitude


For many individuals these days it is quite difficult to develop a positive attitude. The economy is down, unemployment is up, and the goods that we need to survive are quickly increasing in price. Conditions such as these hardly make a good basis for a positive attitude but yet a positive attitude is essential to improving your quality of life. Everything you do is affected by the attitude and outlook you have on life. From getting a new job to trying to get a loan to going back to school, all of which are impossible without the right attitude. There are a number of ways to improve your attitude even before you achieve all of your goals and the result will be achievement of your goals sooner that you would have imagined.

One thing you can do to improve your attitude is stop focusing on all the minor bad things in your life. Often negativity is not only brought on as a result of your own feelings but other people situations and impressions as well. We all want to be concerned about others but it should never be to the point where it affects our lives and our thinking. Although you care deeply about your closest friend you should understand that their divorce or loss of job cannot affect our everyday lives. We have to be able to be there for those close to us without letting it take over our lives.

Another thing you can do to improve your attitude and outlook on life is set realistic goals and constantly remind yourself of what those goals are. There are a number of simple ways to do this. Hang a picture of your dream kitchen on your refrigerator or even your dream house. Post an encouraging note on your mirror each night before going to bed so that it s the first thing you see in the morning when you wake up. Record encouraging words that you can listen to whenever you feel down. All of these things will help you to think of the good things in life and remind you what it is all for.

Having no regrets will also help you to get through each day. You shouldn t sweat the things in the past that you are unable to change. Instead you should learn from your mistake and use them to avoid similar problems in the future. Regret can eat away at out happiness when there is really nothing you can do about the past anyway.

Finally, find something to be happy about each day. When you get up the first thing that you should think of is what is good about your life rather than what is bad. We all have negative aspects of our lives but we all also have something to live for as well. Why then do we automatically think of the bad? Think about one thing each day that fills you with happiness and you will soon see your attitude and outlook on life change for the better.

Isnin, 1 November 2010

Renungan dan syukurilah nikmat itu.....

Baca dan renungkan ........
Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah swt bersama-sama kita ; janganlah kita menyusahkan lagi hidup ibu kerana selama ini kita telah banyak menyusahkan ibu.

·

KETIKA BERUSIA SETAHUN
IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

APABILA BERUSIA 2 TAHUN IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN
IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN
TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

KETIKA BERUSIA 4 TAHUN
IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

BERUSIA 5 TAHUN
IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

SETELAH BERUSIA 6 TAHUN
IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK NAK!"

APABILA BERUSIA 7 TAHUN
IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

MENJELANG USIA 8 TAHUN
IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

KETIKA BERUSIA 9 TAHUN
IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

BERUSIA 10 TAHUN
IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

APABILA BERUSIA 12 TAHUN
IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

MENJELANG USIA 13 TAHUN
IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

KETIKA BERUSIA 14 TAHUN
IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

BERUSIA 15 TAHUN
IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

MENJELANG USIA 18 TAHUN
IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

KETIKA BERUSIA 19 TAHUN
IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

BERUSIA 20 TAHUN
IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, "?ITU BUKAN URUSAN IBU."

SETELAH BERUSIA 21 TAHUN
IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."

APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN
IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN?. "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"

MENJELANG USIA 24 TAHUN
IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI  RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH? ."

KETIKA BERUSIA 25 TAHUN
IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

PADA USIA 30 TAHUN
IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, "?ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

KETIKA BERUSIA 40 TAHUN
IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

APABILA BERUSIA 50 TAHUN
IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA  MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU  BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

DAN KEMUDIAN SUATI HARI
KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM
LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA
SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL, INGATLAH
KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG  IBU KANDUNG 
 
Ibu...semoga kau dirahmatNya dan hidupmu senantiasa berkat.
 

Rabu, 27 Oktober 2010

Sekali lagi.....kuatur bicara.....

    
     Sekali lagi tanggungjawab sebagai khalifah; mengingatkan selagi termampu.....menyatakan kebenaran di atas paksi kebenaran itu tetap suatu kebenaran...maka kusuarakan; dengan nada yang sebaik mungkin...umpama "wal mau izatul hasanah"....

     Ya Allah, Kau sahaja yang mengetahui bagaimana kuharungi dan kesusuri detik waktu ini, bagaimana sukar ku menyusun bicara kata, agar biar mereka jelas lagi faham, Islam itu lembut dan memang memudahkan untuk sesiapa sahaja, di mana jua, dalam apa cara sekali pun.....

     Sesungguhnya apa yang diberikanNya ini suatu kurniaan yang cuba ku terima sebaik-baiknya, sebagai tanda belaian kasih dan sayang Tuhan, peringatan Tuhan kepada hamba jahilNya dan sebagai persediaan seterusnya di hari yang lebih kekal abadi.....

Isnin, 25 Oktober 2010

Persiapan untuk esok : SELAMAT BERJUANG ANAK-ANAKKU... (Peperiksaan Akhir Tahun)

Ziad : BM dan Matematik

Along & Angah : Pendidikan Seni
Angah merealisasikan kreativitinya

   Seperti biasa, malam ini, menjadi guru tusyen. Bersama-sama anak-anak untuk persiapan mereka bagi hari esok, Peperiksaan Akhir Tahun 2010. Siangnya tadi tidak pulak teringat untuk menegah mereka bermain; berbasikal, badminton dan 'main sembunyi-sembunyi'... Sebelum tu, hi-tea di Equatorial Hotel, sebagai Pre Celebrating (agaknya untuk diri ini). Terima kasih semua.....

Kenangan hari esok : 25 Oktober 2010



 
   Semalam yang telah berlalu pergi, kelmarin yang semakin ditinggalkan dan esok yang pasti akan terus menanti... Syukurku padaMu, Ya Allah terus diberikan kesempatan, nikmat dan segalanya ini, demi selangkah dan setapak lagi berbekalkan kudrat yang masih tersisa sebagai hambaMu yang kan terus menegakkan kalimah suci, kalimah Tauhid itu...di pentas kehidupan dunia yang serba fana' ini.

  
  Semakin diri ini mendekati waktu yang satu itu, ajal yang pasti...ini bermakna telah tiga puluh lapan tahun Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang serta Pengampun memberi kesempatan buat diri jahil ini untuk terus hidup dan menghirup begitu banyak nikmatNya di dunia ini. Suatu tempoh yang agak panjang sudah...adakalanya, terasa seperti terhenti sudah langkahku itu, muktamad sudah kalam bicara itu.....namun kugagahi semula, kuharungi kembali demi janjiku terdahulu, demi ikrarku suatu ketika dahulu, juga demi kehidupan anak-anak tercinta.....dikaulah permata hatiku, penguat jiwaku, biarpun sememangnya kalian jugalah ujian terhebatku....Selama tempoh ini jugalah aku sering bermonolog sendiri apakah telah terlaksana segala pengorbanan hidup kurniaanMu ini untukMu atau untuk ad-deenMu yang suci ini....? Atau sekadar diriku ini disibukkan dengan urusan duniawi yang tak pernah kunjung henti.....

Anak-anak permata hatiku...kenangan itu....
Memori bersama - Afnan Syakirah
Nostalgia 5 Ogos 2009



  Sesungguhnya, Ya Allah nikmat usia ini...suatu nikmat amat besar dan berharga dariMu, Pencipta Al-Khaliq kepada hamba-hambaNya. Cumanya terkadang itu, sebagai manusia yang sering terlupa dan terleka dengan seribu satu macam permainan dan godaan dunia.Manusia itu yang seringkali sahaja terlupa tujuan sebenar kewujudannya untuk berdiri di muka bumi Allah yang amat luas ini...seperti peringatanNya :

‘Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk mereka menyembahKu’.


Rasulullah SAW pula pernah bersabda yang mana mafhumnya :

“Sebaik-baik manusia adalah yang diberi umur panjang dan diisi dengan amal soleh. Dan seburuk-buruk manusia adalah yang diberi umur panjang dan umurnya dihabiskan untuk hal-hal yang negatif”.


  Untuk itu jugalah, seiring dengan keupayaan untuk mensyukuri nikmat pertambahan usia ini, yang kini sudah menjejaki angka 38 ini, ku bermohon kepadaMu, Ya Allah agar sentiasa diberi keteguhan hati, kesabaran jiwa dalam menjalani kehidupan di dunia yang penuh dengan godaan ini, agar diri ini senantiasa berada di jalanMu yang satu ini.

Alhamdulillah atas nikmat usia ini.....
     Aku jua memanjatkan doa kepada-Nya agar sisa umur yang entah masih berapa lama lagi dapat aku manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Aku ingin terus menunjukkan pengabdianku padaNya, baktiku pada kedua orang tuaku, khidmatku sebagai isteri dan seorang ibu, serta menebar kebaikan kepada sesama insan, sebagai persediaan untuk diri ini mengadap yang Khaliq kelak.....Kau berikanlah terus kekuatan itu, Ya Kareem agar aku tidak pernah gentar untuk menyatakan yang Haq itu sebagai yang Haq dan yang Batil itu sebagai yang Batil!

   Semoga bertambahnya usia ini akan menjadikan aku lebih baik dari sebelumnya dalam segala perkara.

 Amiin..Ya Rabbal ‘Alamin…

Ahad, 24 Oktober 2010

Kisah Benar : Pengakuan Bekas Paderi Kristian


PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!


Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.


Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpinAgong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.




Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh
dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.


Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza. 





Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak , Filipina dan Singapura. 




Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.


Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.


Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.



Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan).  Beliau beri penerangan kepada:
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam) 

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob(Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.


 
Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.






PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar."


(Surah Al-Ahzab:71) 
demi kebaikan kita bersama untuk suami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah
'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.
Related Posts with Thumbnails