Bersin adalah keluarnya udara seni yang berlaku dengan pantas melalui sama ada hidung atau mulut. Udara yang dikeluarkan menerusi bersin ini dapat mencapai halaju 250 km/jam. Bersin juga dapat menyebarkan penyakit menerusi wap-wap air yang terinfeksi dengan diameternya sebesar antara 0.5 hingga 5 µm. Sekitar 40,000 butir air seperti itu dapat dihasilkan dalam satu kali bersin.
Dalam sebuah hadith Nabi s.a.w:"Jika seseorang diantara kalian bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, maka saudaranya (yang mendengar) mengucapkan doa Yarhamukallah, lalu yang bersin itu akan mengucapkan lagi Yahdikumullah wayusliha baalakum."
(HR. Bukhari)
Dari sudut sains pula, banyak rasionalnya bersin ini berlaku dalam sistem luar kawalan manusia; di antara sebab-sebabnya;
-bersin membersihkan rongga hidung dan tekak dari habuk, debunga, bakteria dan apa-apa lain yang mungkin memenuhi rongga tersebut.
-bersin juga adalah satu cara untuk sistem badan menyesuaikan diri dengan perbezaan cuaca yang berlaku secara mendadak. Oleh kerana itulah seseorang itu lazim bersin jika dia bergerak dari tempat yang sejuk kepada panas atau panas kepada sejuk. Bahkan seseorang itu juga akan bersin semata-mata dengan melihat kepada keterikan sinaran matahari.
Oleh sebab itu, sebaiknya hendaklah ikta bersopan ketika bersin, supaya disenangi oleh sesiapa sahaja di sekeliling kita, selain daripada memang disukai oleh Allah akan bersin itu sendiri kerana bersin dapat menyehatkan badan dan menghilangkan keinginan untuk selalu mengenyangkan perut, serta dapat membuat semangat untuk beribadah.
Ketika Bersin Sebaiknya Kita…
- Merendahkan suara.
- Menutup mulut dan wajah(dengan tangan atau saputangan).
- Tidak memalingkan leher.
- Menyertakan bacaan hamdalah, walaupun dalam keadaan solat.