Anda Dihargai....

Sabtu, 24 Julai 2010

Bersediakah kita untuk kitab amal yang baru...?


Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata:

“Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. 
Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – penat)”.

Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Sama-samalah kita semua ambil iktibar atas peribadi mulia Nabi s.a.w kesayangan umat ini. Selamat datang Ramadhan...kira-kira 15 hari lagi kedatangannya. Semoga Sya'aban yang berbaki ini akan lebih bermakna bagi kita. Ayuhlah bersama, kita 'berlatih' untuk kedatangan Ramadhan nanti....


Doa nanti malam, selepas Maghrib...sebaiknya selepas bacaan Yassin(sedapatnya 3 kali) :

“Ya Allah, sekiranya namaku berada dalam senarai orang-orang yang masuk Syurga maka kekalkanlah.  Dan jikalau nama aku berada di dalam senarai orang-orang yang masuk Neraka maka pindahkanlah nama aku itu ke dalam senarai orang-orang yang ahli Syurga.  Dengan berkat malam Nisfu Syaaban dan berkat kekasihMu nabi Muhammad s.a.w.” ameen.

Jumaat, 23 Julai 2010

Andai Ku Tahu.....

Andai kutahu kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai kutahu kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan jgn kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa2ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Andaiku tahu malaikat Mu kan menjemput ku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Aku takut akan semua dosa2 ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa2 ku
Ampuni aku mennagis ku bertaubat pada Mu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga
Andai ku tahu kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Aku takut akan semua dosa2 ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa2ku
Ampuni aku menangisku bertaubat pada Mu
haa haa haa

Sabtu, 17 Julai 2010

Ukhuwwah Fillah

Peliharalah akan kedua perkara ini :
HABLUMMINALLAH
dan
HABLUMMINANNAS

Sabtu, 10 Julai 2010

Perkenankanlah keinginan hati kecil ini....

Bacalah dengan nama TuhanMu....

Ya Allah, biarlah dengan apa yang dibaca ini,
kan terus kekal abadi dalam sanubari...
amal menjadi tunjang tawadhu' padaMu,
pimpinlah terus hati ini...
agar tidak jauh 
terpinggir
dan
sepi....
Tuhan Sekalian Alam,
hanya kasih dan cintaMu
kami dambakan.....
Perkenankanlah, akan keinginan hati kecil ini...
untuk menjadi tetamuMu di sana...
suatu ketika nanti...
Amin....

Kami bangga dengan kalian....

Tersentuh seketika, apabila diri ini turut tersenarai dalam barisan Mentor untuk mentee PERMATA As Sharifah 2010..sememangnya, sifat ingin mengenali manusia itu membuatkan diriku(walaupun seorang guru disiplin) amat meminati usaha-usaha murni ke arah pembentukan manusia yang lebih berjaya dan bererti di masa akan datang.

Buat para mentee, Tahniah...sekalung penghargaan buat kalian semua. Usah disia-siakan pengharapan yang telah diberikan kepada kalian semua. Letakkanlah keyakinan yang sesungguhnya untuk memantapkan usaha gigih yang dilakukan, di samping tawakkal kepadaNya. Doa sentiasa mengiringi jerit perih kalian untuk menggarap kejayaan cemerlang sebagai Muslim yang berjaya disulami dengan jiwa Mukmin sejati. Insya Allah....

Khamis, 8 Julai 2010

Tips Memotong Kuku...

BAHAYA KUKU PANJANG.

1. Orang Islam tidak sesuai berkuku panjang, dikhuatiri tidak sah apabila bersuci.
2. Berkuku panjang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi bodoh.
3. Anak-anak sukar dididik dan mempunyai masalah pembelajaran.
4. Bukan budaya orang melayu yang beragama Islam.
5. Mendatangkan dosa dan penyakit kerana najis yang melekat pada kuku.
6. Boleh mendatangkan penyakit kerana kuku mempunyai kuman yang tidak boleh dibasuh dengan sabun kecuali dipotong.
7. Jangan menggigit kuku yang panjang kerana ia boleh mendapat penyakit KUSTA.

 PILIHLAH HARI MEMOTONG KUKU YANG SESUAI :

AHAD : Mewarisi kemiskinan.
ISNIN : Dikurniakan kesihatan
SELASA : Diberikan penyakit
RABU : Penyakit was-was.
KHAMIS : Sembuh dari penyakit gila.
JUMAAT : Keluar dosa-dosanya & dikurniakan rahmat daripada Allah.
SABTU : Diberikan penyakit

Allah...Allah...Ya Allah(klik untuk syahdu)

Ahad, 4 Julai 2010

Jujur perlukan Sabar

PENGERTIAN JUJUR :

Apakah kita telah memiliki sifat jujur? Apakah yang dimaksudkan dengan bersifat jujur sebenarnya? Beberapa contoh jujur yang dipamerkan dalam situasi beberapa karakter manusia ini :


 *Seorang peniaga ikan di pasar menuliskan harga ikan mengikut penetapan yang telah dimakluminya.

 *Seorang murid mengira lantas menulis dengan tepat jumlah patah perkataan karangan Bahasa Melayunya.

 *Seorang pemandu yang sedang memandu di lebuhraya dengan kelajuan 90km/j, seiring dengan papan tanda di bahu jalan.


Islam mengajar supaya umatnya menjadi orang yang jujur
dalam niat, perkataan dan perbuatan.
Ini boleh dilihat melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud :  
“Wahai orang yang beriman! 
Bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hendaklah kamu berada 
bersama-sama orang yang benar”. 
(Surah al-Taubah (9) : 119)
Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan
tentang sikap jujur di dalam sebuah hadis :  
“Sesungguhnya benar (jujur) itu memimpin 
kepada kebaikan dan kebaikan itu memimpin ke syurga, 
dan seseorang berlaku benar sehingga tercatat 
di sisi Allah seorang siddiq 
(yang sangat jujur dan benar). 
Dan dusta memimpin kepada kecurangan, 
dan curang itu memimpin ke dalam neraka. 
Dan seseorang itu berdusta 
sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta”.
(Riwayat al-Bukhari )

     Maka, siapa pun kita, berlaku jujurlah dalam kehidupan setiap masa. Tidaklah rugi andai kita sentiasa berperwatakan jujur, malah kan memperolehi banyak manfaatnya. 
        
     Sebaliknya, andai kita berhadapan dengan situasi mereka yang tidak jujur, sudah tentu tidak senang duduk kita dibuatnya.... Sama ada kita akan terpaku/terdiam dengan kebijaksanaannya memutarbelit fakta, atau mungkin juga kalau di depan mata kita, mahu saja kita menempelaknya....



          Untuk berhadapan dengan situasi itu,
kenalah pula kita ada satu sifat lagi, 
iaitu 
SABAR.... 




Jumaat, 2 Julai 2010

Syukur, alhamdulillah.....

Minggu lalu, ke sekolah Ziad, syukur bila cikgunya beritahu dapat nombor 5, sedangkan di sekolah petangnya, dapat tempat pertama. Masalah lain tiada.... Apabila berjumpa cikgu Faiz, cikgu kepada Asmaa' pulak, pun begitu juga bual bicaranya...''tiada apa yang perlu dikomen, semuanya ok, Asmaa' ni..."
Alhamdulillah....bisik hatiku....

Tadi, cuti hari ini, kuambil kesempatan untuk meraikan ibu tersayang di waktu paginya. Tepat jam 10, ke sekolah Muzakkir dan Baihaqi pula. Kelas along nampak masih kosong, tiada lagi ibu bapa yang beratur, kata along, baru 2 orang yang datang. Maka berbual lah kami dengan Ustazah Sabariah yang menggantikan Ustazah Effa, berkursus Induksi sekarang... Keputusan along kali ni, turun 1 anak tangga...bak kata Ust Syaari, 1 A nya dah hilang... Walaupun mendapat tempat ke3, tapi kedudukan nya untuk menduduki UPSR tahun ni, perlu dipergiatkan lagi...

Setelah selesai di kelas 6 Bakri, kami ke 4 Bakri pulak. Kena tunggu giliran... Semasa bersemuka dengan Cikgu Norhaslita, alhamdulillah, tiada apa yang nak dikomen tentang Baihaqi, kata cikgunya, alhamdulillah, dia dapat tempat pertama...subjek Dinniahnya, semua dapat A...

Syukurku padamu, Ya Allah...

Semoga anak-anak yang diamanahkan ini, kan terus dapat kami bimbing sebaik-baiknya...tidak ditinggalkan kewajipan agama yang asas, begitu juga tanggungjawab menjadi orang yang berilmu... Kirimkanlah kepada kami kekuatan dalam mendidik mereka, kesabaran dengan karenah semua...dan keteguhan hati dalam membimbing mereka sehingga menjdai insan berguna...insya Allah.



Buat anak-anak ibu,
--> Teruskan usaha.
--> Kekalkan kecemerlangan.
--> Lipatgandakan usaha gigih, lebih2 lagi along..       menjelang UPSRmu...
--> Jangan lupa, kirimkan DOA buatNya,                           agar dipermudahkan segalanya....

Insya ALLAH....

Selasa, 29 Jun 2010

Bersin kita, bagaimana?

      Bersin adalah keluarnya udara seni yang berlaku dengan pantas melalui sama ada hidung atau mulut. Udara yang dikeluarkan menerusi bersin ini dapat mencapai halaju 250 km/jam. Bersin juga dapat menyebarkan penyakit menerusi wap-wap air yang terinfeksi dengan diameternya sebesar antara 0.5 hingga 5 µm. Sekitar 40,000 butir air seperti itu dapat dihasilkan dalam satu kali bersin.

Dalam sebuah hadith Nabi s.a.w:"Jika seseorang diantara kalian bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, maka saudaranya (yang mendengar) mengucapkan doa Yarhamukallah, lalu yang bersin itu akan mengucapkan lagi Yahdikumullah wayusliha baalakum."
(HR. Bukhari)
 

      Dari sudut sains pula, banyak rasionalnya bersin ini berlaku dalam sistem luar kawalan manusia; di antara sebab-sebabnya; 
-bersin membersihkan rongga hidung dan tekak dari habuk, debunga, bakteria dan apa-apa lain yang mungkin memenuhi rongga tersebut. 
-bersin juga adalah satu cara untuk sistem badan menyesuaikan diri dengan perbezaan cuaca yang berlaku secara mendadak. Oleh kerana itulah seseorang itu lazim bersin jika dia bergerak dari tempat yang sejuk kepada panas atau panas kepada sejuk. Bahkan seseorang itu juga akan bersin semata-mata dengan melihat kepada keterikan sinaran matahari.
 
      
Oleh sebab itu, sebaiknya hendaklah ikta bersopan ketika bersin, supaya disenangi oleh sesiapa sahaja di sekeliling kita, selain daripada memang disukai oleh Allah akan bersin itu sendiri kerana bersin dapat menyehatkan badan dan menghilangkan keinginan untuk selalu mengenyangkan perut, serta dapat membuat semangat untuk beribadah.




Ketika Bersin Sebaiknya Kita…
  1. Merendahkan suara.
  2. Menutup mulut dan wajah(dengan tangan atau saputangan).
  3. Tidak memalingkan leher.
  4. Menyertakan bacaan hamdalah, walaupun dalam keadaan solat.

Ahad, 27 Jun 2010

Sang Hamba Berdosa berbicara....

DUNIA...

....semakin kita mencarinya, semakin terus akan kita gemar menjejakinya. Dan dengan segala kekuatan yang kita ada, akan kita usahakan segala yang kita inginkan di dunia ini.

...namun, akan tiba satu ketikanya, bila manadatang rasa di sudut hati kita, dari sebalik sanubari si pencinta dunia itu tadi, rasa keBOSANan akan dunia itu sendiri....

PERSOALAN DATANG : 
Bukankah dunia itu jambatan akhirat?

Sepertimana dalam salah satu hadis Nabi s.a.w, "jadikanlah dunia ini sebagai ladang untuk kamu bercucuk tanam dan kecapilah hasilnya di akhirat nanti..."
 Benar sungguhlah hadis tersebut, dunia tidak haruslah kita persiakan; usah ditinggalkan kerana kita memang masih perlu akan ia. Syukurlah seandainya...detik persoalan itu mengusik minda kita, mengetuk hati tulus suci untuk mengajak jiwa menjenguk jendela akhirat, sebagai langkah persediaan kerana ia pasti.... 

Saat perginya kita meninggalkan dunia yang fana' ini.....


AKHIRAT...

....pula, seringkali benar kita tidak selalu menyusun aturcara untuknya, mangatur langkah atau bicara menuju ke arahnya yang lebih hakiki nanti.....

Maka akan jadilah kita hanya membiarkannya merindui kita dengan segala usaha kebaikan yang dapat menjamin kehidupan kita di sana.

Amat malanglah kita seandainya tiada langsung keinginan di hati untuk mengatur langkah walaupun longlai, menyelusuri laman-laman akhirat kerana dunia kini telah amat uzur.....dek karenah segala agenda manusia penghuninya yang semakin mencabar kekuasaan Tuhan yang mencipta....



Aduhai alam.....berilah kesempatan buat kami dan mereka yang masih tersisir di hatinya untuk menyediakan sesuatu bekalan di alam yang lebih kekal itu, akhirat namanya yang lebih kekal abadi.....
Berilah kesempatan yang mungkin dapat disusuri dengan bicara keinsafan seorang insan yang kerdil, jejak-jejak nasuha dosa-dosa lama, tari tasbih pengukuh jiwa dan bisilan munajat dari sang hamba yang berdosa...

Ya Allah, kasihanilah kami....

Ahad, 20 Jun 2010

Munajat ini...

....dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Sesungguhnya kami amat lemah, tunjukkanlah jalan lurus dan tunjukilah pintu2 rahmatMu agar kami terlepas dari dosa2 terdahulu yang amat banyaknya....

 .....dan hari ini sekiranya kami lalai dan tidak mendapat hidayahMu, maka akan tergolonglah kami dalam kumpulan yang sesat dan kafir. Wanau'zubillah...

Dengan itu Ya Allah, kami bermohon agar kami sentiasa mengingatiMu ....sentiasa, selamanya, di mana jua dan apa keadaan sekali pun....

Amin....ya rabbiiiii al amin

Jumaat, 18 Jun 2010

Renungan buat hati

Alang kan paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Seperkara lagi, adanya rasa ego dalm diri...Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Selagi ada ego dalam diri, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.
Maka duhai hati...susurilah cinta yang kian hilang di jalan iman. Bukankah iman nan satu kepadaNya yang menyatukan hati-hati manusia itu? Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah darjat dan martabatnya? Justeru, lunturkanlah rasa ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Duhai hati.....mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah kan cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. 

Ya allah bantulah diri ini.....

Botol susu oh botol susu.....

Yang mana lebih aula'...

Kasihan si Asmaa'...terlena kembali, setelah digosok-gosok belakangnya....
Si ibunya sibuk dengan tugasan "persekolahan'nya yang semakin mendesak
untuk diselesaikan. Apa tidaknya, lagi 2 hari sekolah penggal kedua yang
pastinya lebih banyak tugasan menanti akan tiba...


Umur dah 6 tahun, tapi sesekali masih lagi minta minum susu botol,
ala anak-anak kecil.. kekadang tu, tak kuasa jugak nak melayan,
tapi adakalanya pulak, rasa macam ibunya yang tak adil memperlakukannya
begitu..

Sabar ye, Asmaa'....sekejap lagi ada 'hadiah' untuk Asmaa'.... =)

Rabu, 16 Jun 2010

Alah bisa tegar biasa.....

Begitulah indahnya peribahasa Melayu... kebiasaannya sikap ini, pada kanak-kanak pun dah boleh nampak sifat mereka ditonjolkan. Begitulah yang dapat diperhatikan pada si kecilku, Asmaa' sebentar tadi, sementara ku menunggu waktu Isya' tiba.
Sedang dia leka melakukan proses-proses yang biasa dilihatnya semasa sesi peminjaman & pemulangan buku di Perpustakaan Awam Negeri petang tadi, dapat ku rakamkan kebijaksanaan Asmaa' ini.







*abangnya leka dengan segala jenis permaianan 'ultraman', 'tiger'nya dan sangat biasa dengan gelaran : "Ziad main 'shu-shu' nya". Sebegitu istilahnya kerana Ziad akan memberikan 'sound-effect' sendiri dengan mengeluarkan bunyi 'shu-shu'....


Ragam anak-anak membahagiakan.....(^__^)




Perjalanan demi Ukhuwwah...


Isnin lalu, perjalanan kami mulai seawal jam 7.00, dengan harapan tidak kelambatan nanti, dan tidak pula mengganggu urusan sahabatku yang masih banyak urusannya... alhamdulillah, segala yang dirancang namapak berjalan dengan lancar...anak2 pun tak buat karenah yang seperti perjalanan pada Sabtu yang lalu ke Kuantan, untuk majlis perkahwinan anak buah.

Lebih kurang jam 11.30, mesej ku terima, bertanyakan dah sampai mana? Alhamdulillah sangat, Allah mempermudahkan perancangan kami untuk bertemu... Bertempat di stesen minyak Caltex, sahabatku Sakinah sampai bersama adiknya, Solah dan anak sulungnya Farah...

Terlerai rinduku buatnya, apatah lagi setelah berita kesedihan yang menimpanya...arwah suami tercintanya pergi buat selamanya... Ya Allah, semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh... Amin...

Semoga ukhuwwah kami berpanjangan malah semakin kuat tautannya selepas ini, insya Allah...

Khamis, 10 Jun 2010

Nikmatilah alam ini....


Alam nan menyentuh sanubari...


Seringkali saja kita diingatkan dengan sapaan alam.... Cuma samada kita perasan atau pun hanya mampu tidak peduli apa yang singgah di mata atau pun sanubari...

Betapa angkuhnya sang manusia itu andai hanya seumpama tidak peduli akan ingatan, tarbiyyah atau apa jua bentuk kasih sayangNya pada kita, hakikat seorang hamba....

Kadang-kadang itu, masa dijadikan alasan utama, untuk masing-masing terus tidak mempeduli....untuk terus tidak memerhati....untuk terus tidak menyayangi......terus membiarkan.....
Bayangkanlah andai nikmat kelapangan masa itu ditarik semula.... Apakah akan terus kita memberi alasan "maaf, saya tiada masa...."

Berilah ruang, peluang dan perhatian....kerana mungkin hari ini, kita diperlukan, tapi esok kita memerlukan. Saling bertolong bantulah dalam setiap detik pabila sanubari kita disapa, kera itu mungkin adalah suatu Anugerah dari Yang maha Kuasa untuk mereka yang dipilihnya......

Renung-renungkanlah....

Rabu, 9 Jun 2010

Kembali di arena ini....

Setelah sekian lama menyepi diri....
...dengan sekelumit kekuatan yang dikirimNya, kugagahi untuk terus memberi nafas kepada blog ini...

Maaf kepada yang mengikuti...semoga akan terus bertaut catatan indah pengikat jiwa, sebagai bukti dan tanda yang kita akan terus mendaulatkan ketajaman akal untuk menulis kerana di situlah tersembunyi seribu kekuatan fikiran , ilmu , keikhlasan dan ketulusan sebagai makhluk yang dipinjamkan di bumi ini yang terus untuk sanggup mendaulatkan sejagat ini sebagai masyarakat yang terus berjaya ukhrawinya dan tidak pula ditinggalkan duniawinya....
Related Posts with Thumbnails