Anda Dihargai....

Khamis, 16 Disember 2010

Antara yang berkesempatan....

Sarapan pagi : Menu Sihat suatu pagi nan lalu...
Menjadikan anak-anak sihat dan kuat!
Jarang-jarang sarapan yang disediakan seringan itu. 
Namun, bila disediakan begitu rupa, tak berpeluanglah untuk menambah atau 'double' menu.... 
Hehe, satu cara untuk menjadikan keluarga betul-betul sihat...
Cuma.....
Perlukan kelapangan masa, kepakaran dan komitmen(istiqamah)
Insya Allah....

Selasa, 14 Disember 2010

Planetarium lagi...

Sempena meraikan kehadiran sepupu anak-anak, Muhammad Asyraf, kami sekeluarga sempat membawa semua budak-budak ni, melawat Planetarium Melaka. Memang seronok jugak lah mereka, al maklum, jumpa beberapa orang angkasawan NASA(mat salleh)... Ramai orang pada hari kami berkunjung itu, termasuklah juga kawan matrik ku dahulu, Suhaila Osman sekeluarga....

Masing-masing menyemak apa yang menarik.....

Khusyuk memberi tumpuan
Membuat 'teleskop' ke ni?
"Bahagian ni, adik lipat ke dalam.... Yang ni pula tanggalkan.."
Masa untuk demonstrasi
Wang kertas RM10 di bawah sinar cahaya UV.
Melepas lelah berkaroake di Mydin; lagu Salawat(Raihan)

Kandang kambing?

Sedar tak sedar, dah tinggal lagi 2 minggu sahaja lagi cuti semester 2 2010 ini. Lagi 2 hari aku mula sibuk, perlu fokus kepada tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. semoga suami, anak-anak dan keluarga terdekat memahami akan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku selama ini.

Teringat aku akan segala aktiviti, jelajah dan program yang sempat diadakan demi mengisi masa cuti anak-anak ini agar mereka tidak bosan dan merasa mereka dihargai....

Antara kenangan yang dapat dirakam dek lensa kameraku yang sudah pun menamatkan jangka hayatnya, melainkan dibaiki atau dicari ganti yang baru... Suatu petang itu, abah teringinkan sangat bekalan baja asli, maka kuhubungi bekas muridku, Aisyah Abd Wahid, lantas anak-anak yang tak pernah ke kandang kambing turut ikut, untuk merasai bersama suasana itu.....
Si anak kambing yang kurang sihat
Sampai naik ke atas kandang!
Buah markisa...jus markisa ala-ala jus limau...sedap!
Sempat Angah bermain buai


Ahad, 12 Disember 2010

Percutian Keluarga 2010

Pada 11 Disember yang lalu, agak kelewatan, setelah bertolak dari rumah, menuju ke destinasi, tapi harus ke rumah Mak Ngah terlebih dahulu...untuk menempah baju sekolah anak-anak untuk tahun hadapan... Setelah selesai, kiranya telah agak terlewat untuk  meneruskan perjalanan ke Gambang, maka kami sekeluarga memutuskan untuk menghabiskan malam itu di Port Dickson sahaja...maka bermalam lah kami di Tiara Beach Resort, petang itu lagi...anak-anak tak sabar-sabar untuk melepaskan giannya, bermain air...

Tiara Beach Resort

Kenangan dahulu tercipta kembali



Esok pagi, mereka semua turut mengajak ibunya ini untuk sama-sama main air....sehingga jam 10 lebih juga bermandi-mandian, sebelum meneruskan kembara keluarga ke Bukit Gambang..... Sempat juga petang itu, check in dengan mengambil school holiday package; RM592 dan petang itu hanya bermain air di kolam hotel sahaja sebab telah agak petang.

Rakaman "anak-anak air"...

Di sebelah malamnya, sempat lagi si kecil-kecil ini, merayu untuk menaiki beberapa permainan yang ada di situ, umpama Fun Fair yang biasa dilihat di tempat sendiri...maka ditunaikanlah juga kehendak mereka....

Merry Go-Round....

Asmaa' dan Ziad 'naik gajah'!



Keesokan itu barulah ke Water Park nya, setelah mencuba beberapa permainan di sebelah malam, selepas dinner yang disediakan bersama pakej yang diambil. Ternyata keseronokan yang amat sangat mereka semua. Yang kami ni pun tumpang seronok dan amat release... Semoga apa yang dibuat ini mendapat perhatian Allah dalam usaha untuk menyuburkan lagi kasih sayang sesama keluarga, insya Allah...

Berhenti solat di Perhentian Gambang

Santai di Anjung bilik hotel(N2-03-05)
Ikan yang memuntahkan air!
Satu-satunya gambar kenangan....
Keesokan pagi nya, bangun pagi, badanku sakit-sakit, begitu juga kaki... Terbuktilah yang aku sudah tua... Bermuhasabahlah diri....

Ahad, 5 Disember 2010

Aksi Menarik untuk ditonton.....

Sketsa ini dapat kurakam semasa berhenti bermusafir di perjalanan balik dari Terengganu ke Melaka. Yang seronoknya, kedua-dua permata hatiku ini terus "beraksi", biarpun si ibunya memberitahu yang aksi mereka sedang difokus lensaku... Lihatlah betapa geramnya si Angah dan betapa lawaknya Ziad....

Mulanya, hanya gurauan....

Sehingga mengetap bibir(si Angah)
Penonton setia begitu khusyuk di belakang sana...pada jarak yang agak selamat, kerana dikhuatiri insiden yang lebih merbahaya mungkin berlaku akibat aksi hebat ini....

Kaki ayam rupanya Ziad!

Eh, macam main-main pulak!

Step terakhir....
Sebelum bersepai kamera, sebelum terpelecok kaki, maka aksi hebat ini dihentikan, tapi wisel tak ditiupkan. Penonton setia yang di belakang tu pun, mungkin akan tumpang sekaki kalau melihat salah seorang kekandanya "parah" diserang....

Sabtu, 4 Disember 2010

Kunjungan Sahabat....

Ukhuwwah merupakan nikmat suci yang sentiasa terpancar sinarnya di hati, diredhai oleh Allah kerana ia dilandasi dengan keimanan. Nikmat ini akan benar dirasai jika kita ikhlas bersahabat kerana Allah.

 Kunjungan sahabat dan juga bekas guru yang pernah menjawat kedudukan seperti aku dahulu, beberapa hari lepas, benar-benar terkesan di hati. Biarpun singkat cuma pertemuan itu, namun ia dapatlah menghilangkan rasa rindu di hati ini setelah sekian lama berpisah dengan sahabat dan juga antara pendengar setia di Bumi Bertuah itu...Ustazah Mazlina Muhammad... Semoga ukhuwwah kan terus berkekalan biarpun jarak memisahkan...
Related Posts with Thumbnails