Anda Dihargai....

Memaparkan catatan dengan label Foto Iktibar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Foto Iktibar. Papar semua catatan

Jumaat, 4 November 2011

Salam dihulurkan.....






Semoga selamat semua umat Islam yang sedang berkumpul di Arafah sekarang ini. 
Seramai 2.5 juta umat Islam berhimpun tahun ini menandakan kebesaran Allah, 
akan penyatuan hati dan fikrah semua yang bergelar Islam. 
Semoga suatu hari nanti 
diri ini turut kan menjadi tetamuNya di sana, 
suatu cita-cita terpendam yang 
hanya Allah sahaja mengetahuinya...

SALAM AIDIL ADHA 
buat semua pengikut blog ini...

Rabu, 16 Februari 2011

M.A.T.I dan S.A.B.A.R


Andai seseorang itu ingat akan suatu kepastian di hadapan sana...
Iaitu lah sebuah KEMATIAN,
Maka, 
diri akan sering terjaga dek dosa dan noda.

Andai diri itu tadi sering pula diingat-ingatkan tentang 
Suatu epilog KEMATIAN itu,
Maka, di dalam hati akan selalu
Ingat pada ILlahi..

Air mata nan terukir,
Untuk apa selalunya?
Tanyalah diri sendiri,
Apakah setitis air mata yang gugur ke bumi itu
Kerana tanda penyesalan seorang hamba 
Yang banyak dosa?
Atau semata-mata
Sebab dunia
Yang fana...

Insaflah,
Sedarlah,
Bersabarlah,
Yakinlah pada janji-janjiNya...
Bersedialah,
Muhasabahlah selalu...

Moga kan dapat mencedok secebis kasih ILlahi
Di penghujung usia dunia fana itu tadi...

Insya ALlah...

Related Posts with Thumbnails