Anda Dihargai....

Memaparkan catatan dengan label Catatan Kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Kehidupan. Papar semua catatan

Ahad, 16 Februari 2014

Biar gambar berbicara....


Setelah sekian lama menyepi.....
Ada tugas dan tanggungjawab yang lebih utama...

Sesekali, mencoret kenanagan, kekadang mendamaikan...

Merenung hari esok......
Subhanallah, subhanallah, subhanallah....

Subhanallah.......sememangnya menenangkan....
Semoga hari-hari yang masih dipinjamkan oleh Allah buat kita semua akan semakin dimanfaatkan sebagai hambaNya yang bertaqwa, insya Allah......



Isnin, 22 April 2013

Di kesempatan ini....

Si kecilku yang dah besar!

Di kesempatan ini.......

Menyepi dan terus menyepi.....
Kesibukan terus menjadi resepi hari-hari!

Namun kesempatan yang ada diselusuri,
Biar tajamnya tari pena ini terus terbukti....

Jika diikutkan hati,
Masa ini
Semakin hari semakin lari....

Puas dikejar, ia tetap lari.....dan pergi.......
Bak buih ombak yang meninggalkan pantai...





Antara lensa yang menarik untuk dipersembahkan pada pertemuan yang sangat sekali sekala ini :

Si embun pagi...
....tunggu dipenuhi di hujung minggu....
Sesekali mekar penambat hati
Betikku yang semakin meninggi...




Rabu, 6 Jun 2012

Dulu biasa Mei, kali ini Jun....

Cuti sekolah kali ini dalam bulan Jun.... Mei yang lalu diakhiri dengan sambutan Ulangtahun puteri tunggalku, Asmaa' Dalili yang ke 8....

Purple Cake!

Dengan Hud, Dijah dan Kiya

Amin...ramai kali ni yang mengaminkan doa...

Besar dah Asmaa'...8 tahun!

Bibik yang membantu...

Awal Jun adalah sesi bercuti di kampung.... Setelah 3 hari di sini, dah 2 petang hujan aje.... Kesian lah budak-budak, tak dapat nak mandi pantai... Tapi mereka 'balas' setiap pagi untuk bermandi pantai... Semalam petang, syukur dapat berjumpa bekas murid, Maesarah Arwani, kini bertugas sebagai doktor gigi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, K.Terengganu. Ditemani anak sulongku, kami makan keropok leko di pantai Kelulut....


Dengan Maesarah di tepi Pantai Kelulut
Musim cuti sekolah kali ini akan diakhiri di kampung, bermandi pantai dan mencari remis / lokan....

5 ekor kuda laut yang terjerat di jaring pukat suami kak Yah

Ahad, 26 Februari 2012

Mendidik Jiwa

Kekadang itu, hati ini mudah benar jadi terasa... Tiada angin apatah lagi taufan melanda, namun sekilas ia datang dalam ingatan, umpama gangguan...mengikis rasa keyakinan yang dibina selama ini. Bak kata Ustaz Pahrol dalam Mukmin Profesional, rasa sebegitu, akan sering datang, kenalah setiap kali ia datang, kita lawan ia dengan Istighfar dan kembali pada Allah...kerana ujian dan musibah yang Allah kurniakan itu, diperuntukkan buat hamba-hambaNya yang disayangi....


Selaku teman karib kaum Hawa, sekali lagi kolam mata berkaca biarpun beribu kali berjanji pada diri; tiada lagi rasa sedih atau air mata untuk meratapi sebuah ketentuan takdir yang tersurat. Biarlah hati menerima dengan rsa penuh lapang dan pasrah atas segalanya.......sudah pasti inilah yang terbaik untukku....bukankah Allah Maha Mengetahui apa yang ingin diberikan buat hambaNya...



Pahit yang dirasai mungkin menjanjikan suatu yang amat manis di suatu hari nanti....belajarlah menjadi orang yang lebih sabar dengan musibah dan ujian.... Tenang dalam menghadapi segala ketentuan dalam pada masa yang sama mengatur langkah untuk bersedia....

Ahad, 15 Januari 2012

Kesempatan ini...

Alhamdulillah, diberi juga kesempatan ini akhirnya oleh Allah untuk mencatat sebaris dua kata... Agak tercuit hati ini bila pagi tadi, seorang sahabat lama(berpangkat adik) menanyakan padaku, bila nak menulis buku.... Tercatit juga sedikit sebab mengapa dia nak aku menulis... Tersenyum dalam diam.....


Tak berapa ingat pulak, apakah dia dah maklum dengan blog yang aku ada ni... namun, masih ingat lagi di zaman belajar dulu, selalu kami diingatkan bahawa bakat penulisan ini adalah suatu anugerah...maka janganlah dipersiakan. Menulis itu kekadang lebih tajam dari mata pedang... Dan kini, menulis adalah satu medan amar ma'aruf nahi munkar, suatu transformasi metodologi dakwah masakini...apatah lagi dengan pelbagai macam isu yang melanda masyarakat, pincangnya golongan muda yang semakin terpesong dari landasan di dunia ini (contoh:terkilan-atau-biarkan?) yang mungkin juga sebagai usaha pihak musuh Islam untuk menjatuhkan dan merosakkan umat akhir zaman ini...

Atas sebab itulah, insya Allah, selagi ingat akan tuntutan dakwah dan selagi termampu untuk menyampaikan akan kuteruskan usaha ini walaupun mungkin hanya sekelumit berbanding dengan mereka yang lain... Insya Allah sepertimana sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w, sesuatu amal itu, biarlah sedikit tetapi berkekalan.... 

Apa yang diharapkan agar diberikan oleh Allah rasa istiqamah dalam diri ini agar terus yakin dengan ad-deen suciNya ini dan biar Muhammad s.a.w itu sahaja sebaik-baik contoh dalam kehidupan....

Semoga Allah mempermudahkan segalanya.....

Ahad, 23 Oktober 2011

A Tiry Week....

Seminggu ini memang sangat sibuk...hampir setiap petang; mulai Selasa lalu ada saja aktiviti petang sehinggalah ke semalam.... Penat sungguh rasanya...

Mulai dari Selasa lalu, ku berkongsi sedikit ilmu yang ada dengan bakal calon SPM  sekolah anak sulungku, STP yang mengambil subjek Biologi. Semoga segala ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat untuk kalian, insya Allah...

Petang Rabu pula, seperti yang telah kujanjikan dengan beberapa orang murid kelas Matematik, aku bersama mereka untuk membantu setakat mana yang mampu, semoga usaha itu dapat menyuntik sedikit semangat buat mereka. Sedangkan pada masa yang sama, sebenarnya ada suatu mesyuarat yang harus kuhadiri. Namun, seolah-olah wujud satu kesilapfahaman, maka aku putuskan untuk tidak menghadirinya. Masakan perlu aku hadir, kerana aku tidak pula menerima surat jemputan mesyuarat seperti mana rakan yang duduk di sebelahku terima.

Khamis menjelma......seawal pagi, musibah menguji... Dalam mengejar kesempatan masa yang ada, sekali lagi (kali kedua untuk tahun ini) aku ditahan polis; iaitu semasa dalam perjalanan menghantar anak sulungku....terus teringat pada kisah awal tahun yang lalu.....Kisah "puan-sebenarnya-nak-ke-mana"

Petang itu, beberapa orang guru yang 'terpilih' dikehendaki menghadiri suatu taklimat e-kelas....ya, suatu majlis ilmu, tapi sebenarnya menambah tugasa sedia ada. Aku memberanikan diri, mewakili rakan taulan untuk mendapat pengecualian daripada terlibat daripada menyediakan tugasan yang diarahkan, mmmm......untuk sebuah kemenangan.... Wallahua'lam...

Petang itulah, hati ini tersentuh dengan apa yang terjadi.... Entah mengapa perlu aku menjadi begitu terasa, sedangkan di awalnya sedikit pun tidak aku perasan akan hal itu. Namun apabila ianya disebut dan disebut-sebut berkali-kali, hati jadi tersentuh lalu terasa... Hatiku sedikit berbisik kepada sang amarah dan nafsu duniawiku, kata-kata ini bertubi-tubi menusuk benakku..."Begitu terasa jika kita tidak diingati, lebih terasa lagi bila kita tidak diingati oleh sahabat sendiri..." Ya Allah, sabarkanlah aku, maafkanlah atas keterlupaan mereka....bukankah sering kau berkata; apa yang kita buat ini Lillahi Ta'ala.....


Usai taklimat e-kelas, bergegas aku ke rumah ibu, menunaikan rutin bulananku, membawa ibu ke klinik untuk rawatan bulanannya... Kuambil kesempatan itu untuk ke kedai fotostet, menyediakan keperluan untuk esok pula. Alhamdulillah, seperti serampang dua mata petang itu, kedua-dua tugasan dapat diselesaikan sebaiknya, namun sedikit keletihan telah mula terasa.....
No giliran = 1017, masa daftar = 1012
Jumaat - seawal jam 4 pagi, aku tersentak dari lena di malamnya yang amat meletihkan...semata-mata untuk melakukan "final touch-up" untuk program petang itu.... setelah kuberkongsi dengan anak-anak di sekolah lain, masakan tidak boleh kuberkongsi ilmu itu dengan anak-anak didik di sekolahku sendiri... Alhamdulillah, diberikan jua kesempatan olehNya sebelum jam 2, untuk menyampaikan Teknik Menjawab Biologi 3 untuk calon-calon SPM sekolahku yang mengambil Biologi tahun ini...

 
 
Selesai sahaja slot itu, lega rasanya dalam hati ini, sebab telah hampir selesai kepenatanku minggu ini.....Walaupun, petang itu, kutamatkan slot itu agak terlambat(jam 5), ditambah dengan sedikit berita yang agak menyedihkan hati ini, namun kupuas, semoga apa yang dipesan itu akan diingati oleh semua yang hadir, insya Allah...

Akhirnya, aku menyiapkan diriku untuk presentation esok, sekali lagi beberapa orang Ketua Panitia yang 'terpilih' tujuan untuk itu.. Aku umpama kehilangan kekuatan di hujung tugasan ini, namun kugagahi juga, kerana aku berazam untuk meraikan segala kepenatan ku untuk minggu ini bersama-sama anak-anak petang nanti...
Semasa pembentangan ketiga dari Panitia Sains, hati ini gedebak gedebuk, macam nak takutkan apa pulak....Al maklum, dah lama tak buat pembentangan sebegini. Namun, alhamdulillah, berkat doa semua, aku melakukan tugasan itu dengan bersahaja rasanya.... Ada juga kedengaran pujian, tetapi yang lebih aku ingat ialah kritikan, tapi kujadikan itu suatu teguran yang positif, insya Allah semoga Allah terus gagahi diri ini untuk masaku yang berbaki di Bumi Bertuah itu....

Alhamdulillah, "kaya" dengan Sijil Penghargaan
Maka, setelah semua urusan di sekolah selesai, kupandu tenang Unser menuju rumah, untuk membawa anak-anak meraikan segala kesibukan minggu ini..kebetulan, ayahnya pun yang masih dalam perjalanan ke kampung, maka kami pun "have a journey" mulai jam 2 sehinggalah ke 8.30 malam.....

Kami singgah sebentar ke rumah lama, tempat abah berkebun dan sempat merakam beberapa keping gambar ini :


Alat penyiram air kebun abah

Batas yang dihadang dengan kayu terbuang
Pokok bende yang sedang membesar
Kemudian kami ke Mahkota Parade untuk lunch dan ke Kedai Buku Thai Kuang. Asmaa' dan Ziad memendam sabar aje bila melihat beberapa orang kanak-kanak bermain di Funkids Water Playground... Di Thai Kuang aje, hampir RM200 kami berbelanja....betul-betul 'melepas geram'. Antara buku yang aku beli adalah Demi Duha dan Tatkala Syahadah Dilafaz.

Mahkota Parade....
Semoga setabah Tunggu Teduh Dulu...
Saiz buku ini comel je.....
Selepas di Mahkota Parade, kami menghabiskan masa ke pantai selepas solat Asar di perjalanan dan seterusnya solat Maghrib sebelum makan sate....

Selepas solat Asar, kami ke pantai, banyak kereta!
Gigi air
Pangkalan
My kids latest post


Buat apa depa ni...?
Pertandingan apa ni... hehe....
Along stylo!
Asmaa' posing aje!
Senja pun berlabuh.....
Solat Maghrib di Surau Klebang
Di gerai makan sate....

Related Posts with Thumbnails