Anda Dihargai....

Ahad, 15 Januari 2012

Kesempatan ini...

Alhamdulillah, diberi juga kesempatan ini akhirnya oleh Allah untuk mencatat sebaris dua kata... Agak tercuit hati ini bila pagi tadi, seorang sahabat lama(berpangkat adik) menanyakan padaku, bila nak menulis buku.... Tercatit juga sedikit sebab mengapa dia nak aku menulis... Tersenyum dalam diam.....


Tak berapa ingat pulak, apakah dia dah maklum dengan blog yang aku ada ni... namun, masih ingat lagi di zaman belajar dulu, selalu kami diingatkan bahawa bakat penulisan ini adalah suatu anugerah...maka janganlah dipersiakan. Menulis itu kekadang lebih tajam dari mata pedang... Dan kini, menulis adalah satu medan amar ma'aruf nahi munkar, suatu transformasi metodologi dakwah masakini...apatah lagi dengan pelbagai macam isu yang melanda masyarakat, pincangnya golongan muda yang semakin terpesong dari landasan di dunia ini (contoh:terkilan-atau-biarkan?) yang mungkin juga sebagai usaha pihak musuh Islam untuk menjatuhkan dan merosakkan umat akhir zaman ini...

Atas sebab itulah, insya Allah, selagi ingat akan tuntutan dakwah dan selagi termampu untuk menyampaikan akan kuteruskan usaha ini walaupun mungkin hanya sekelumit berbanding dengan mereka yang lain... Insya Allah sepertimana sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w, sesuatu amal itu, biarlah sedikit tetapi berkekalan.... 

Apa yang diharapkan agar diberikan oleh Allah rasa istiqamah dalam diri ini agar terus yakin dengan ad-deen suciNya ini dan biar Muhammad s.a.w itu sahaja sebaik-baik contoh dalam kehidupan....

Semoga Allah mempermudahkan segalanya.....

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails