Anda Dihargai....

Memaparkan catatan dengan label Iktibar Bersama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iktibar Bersama. Papar semua catatan

Jumaat, 18 November 2011

6 rahsiaNya kerana 6 perkara.....

SAHABAT UMAR BIN AL – KHATTAB R.A. BERKATA:

Allah merahasiakan 6 perkara kepada hambanya disebabkan 6 perkara iaitu:
1) Allah merahasiakan keredhaannya kepada hambanya yang taat agar hambanya itu tetap terus berbakti / taat.
2) Allah merahasiakan turunnya Lailatul Qadar di bulan Ramadhan agarhambanya selalu berusaha untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh tanpa mengingat / mengenal / merasa bosan.
3) Allah merahasiakan wali – walinya / hamba hambanya yang soleh kepadaorang banyak agar mereka tidak dipuja – puja / disembah-sembah disebabkan oleh kemuliaannya karena wali – wali Allah itu tergolong orang yang mempunyai kelebihan ilmu.


4) Allah merahasiakan umur seseorang hamba agar ia selalu bersiap sedia untuk mati dan rajin beramal yang soleh
5) Allah merahasiakan tentang keutamaan salatul wusto / sembahyang yang utama daripada solat solat yang lain agar hambanya itu tetap rajin dan berusaha mencapainya (Salatul Wusto)


6) Allah merahasiakan tentang siapa jodoh kita nantinya agar hambanya mencari jodoh yang terbaik untuknya

Sabtu, 29 Oktober 2011

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.



Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab:Ayat 71
"Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."

Rabu, 3 Ogos 2011

Pengalaman berpuasa di tempat orang....

Tahun 1432 Hijrah ini, diberi kesempatan dan peluang untuk merasa berpuasa di tempat orang. Seawal 2 Ramadhan, telah terpaksa berjauhan dengan keluarga, permata hatiku...demi melaksanakan tugas dan amanah. Semoga anak-anak ibu tabah menghadapi awal Ramadhan kali ini, dengan keadaan ibu berjauhan. Insya Allah, tidak lama, esok lusa, kembalilah ibu...

Di tempat orang, mengelola puasa bersendirian, sangat jauh bezanya... dalam hati, sentiasa teringat pada insan-insan tersayang yang ditinggalkan. Semoga Allah memberi segala kemudahan kepada suamiku untuk mengurus anak-anak dan semuanya bersendirian...insya Allah...

Ada sedikit halwa mata untuk tatapan anak-anak ibu....














Berdoalah kepadaNya agar Madrasah Ramadhan kali ini benar-benar bererti buat kita...agar menjadi hambaNya yang lebih rindu kepada Tuhannya, menjadi pengikut Nabi Muhammad yang mengikut sunnah-sunnahNya, menjadi insan yang sentiasa merindui kebaikan, membenci keburukan dan kejahatan... Ya Allah, permudahkanlah segala keazaman kami dan tunaikanlah keinginan syahdu hati naluri kami ini....

Ahad, 31 Julai 2011

Berita-berita itu...

...sekadar menjenguk berita dan isu terkini secara online... Terasa macam ketinggalan zaman pula, bila ini tak tahu, itu tak pasti... Banyak betul isu bunuh, rogol, mati dan lain-lain yang menunjukkan negara ini sudah tak jauh beza lagi macam Barat... Jadi takut kita dibuatnya, Ya Allah, semoga kau selamatkanlah perjalanan hidupku dan keluargaku...

Dari berita pelajar Malaysia yang hilang di Jepun, tetapi mayatnya dijumpai di Pattaya, pelbagai kemusykilan datang ke benak...klik sini : berita lanjut Muhammad Syafiq Abu Ani

Dengan pula berita pelajar perempuan yang mati dibunuh dengan kejam, dipercayai dirogol, disiksa dan dibakar...apalah nak jadi dengan negara kita ni.... klik : berita lanjut Nurrahayu Qomarodin

dan mungkin yang paling terkini, mereka yang dikatakan mengalami "kecelaruan gender", mati akibat tekanan perasaan yang diterima, mungkin apabila isu ini menjadi bualan hangat umum... klik : berita lanjut Mohd Asyraf Abd Aziz @ Aleesya Farhana

Semua isu pun berkaitan orang yang mati....cuma caranya masing-masing berbeza.... berlegar-legar di fikiran, bagaimana nanti kesudahan kehidupan kita, masing-masing.... Adapun, berita-berita sebegini rupa boleh membuatkan hati kecil ini, agak gementar untuk menjadi yakin dan berani di bumi bertuah ini, memandangkan di sekeliling kita sudah ada mereka yang tidak pasti kebaikan, kejujuran dan keikhlasan mereka bila bersama kita...

Apabila bercakap soal kematian pula, sama-samalah berdoa agar sentiasa dilindungi Allah setiap langkah kebaikan kita. Andai tersasar, biarlah Allah jua yang sering datang di fikiran mengingatkan hati yang lalai.... Manusia sering lupa dan lalai.... Andai kematian itu datang pada ketika kita dalam kelalaian, wanau'zubillah...... 


Berdoalah agar diberi Allah keselamatan hidup di dunia ini dan dimatikan dengan cara yang aman dan tenteram. Semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini akan dapat mendidik jiwa kita semua agar menjadi hamba Allah yang lebih sempurna. Berpuasalah kita dengan lebih bererti lagi agar Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya....

Selamat Berpuasa, Bertarawikh, Bertadarrus, Bersahur, Berbuka.... ^__^. 

Berpuasalah seperti Nabi Muhammad s.a.w...
Dirikanlah tarawikh di malamnya...
Tadarruslah Al-Quran dan hayati ia...
Berpuasalah dengan sahur seperti dianjurkan...
Bersederhanalah semasa berbuka....



Bertadarrus Al-Quran




Khamis, 17 Mac 2011

Berpagi-pagianlah kamu......

Berpagi-pagianlah kamu, 
kerana di situ adanya keberkatan hidup.....


Apabila terbit sahaja matahari, sudah tersedia segenap pintu rezeki untuk mereka yang menginginkannya. Samada kita akan mengusahakannya atau terus alpa dengan segala macam kelekaan yang melalaikan... Waktu pagi adalah sangat utama dalam memulakan hari kita dan kehadirannya penuh barakah, jika kita benar-benar menghayatinya.


Manusia sebagai insan yang sering lupa...sekali ingat, seribu kali terleka. Sekali insaf, berkali-kali pula kan ingkar semula... Namun, Dia yang Maha Esa tak pernah menghampakan hamba-hambaNya untuk sentiasa memperbaharui azam setiap detik dan ketika. Apa yang penting adalah kekuatan dalaman diri sendiri untuk ada keinginan ke arah yang lebih baik....sebelum terlambat dan menyesal tiada kesudahan...
 
Antara amalan yang lazim dilakukan untuk kemanfaatan diri agar lebih dekat kepadaNya adalah :
Pertama :- Membaca , menghayati dan menghafal Al-Quran

Kedua :- Berzikir dan mempelajari agama

Al Qadhi mengatakan bahwa inilah sunnah yang biasa dilakukan oleh salaf us soleh dan para ulama. 
 
"Mereka biasa memanfaatkan waktu tersebut untuk berdzikir dan berdo’a hingga terbit matahari.” 
(Syarh An Nawawi ‘ala Muslim, 8/29, Maktabah Syamilah)
 
 
Ketiga :- Bekerja - mencari rezeki 
            (bermakna membuat perkara-perkara yang bermanfaat)

Seorang sahabat di zaman Nabi s.a.w, Shokr Al-Ghomidi, seorang pedagang telah menjadi kaya-raya apabila menuruti saranan Nabi s.a.w dengan mengusahakan dagangannya di pagi hari yang penuh barakah.


Bagaimana pula dengan diri kita? 

Ramai di antara kita sering alpa di waktu pagi ini. Sering sahaja kita melihat yang bertidur-tiduran di awal pagi. Sesudah subuh dikerjakan, lena semula. Bukankah itu suatu perkara yang merugikan...? 

Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.

Mari kita amalkan tips 5S ini, untuk mengelakkan kita daripada tidur di awal pagi..... 
 
01.Subuh
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma'thurat atau al-Quran.

02.Senaman
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.

03.Sembang
Rupanya borak-borak pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga buat kalau ada sahabat yang turut tidak tidur lepas subuh. Tapi jangan sembang benda- benda yang lagha; nanti pagi-pagi sudah kumpul dosa. Nauzubillah.

04.Sapu rumah
Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu senaman.

05.Selesai atau Sempurna
Pastikan semua yang kita buat tu semuanya selesai. Yela, nak hilangkan mengantuk, kita pun pergi la cari penyapu nak sapu rumah, tapi tidak sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk sangat.

 SELAMAT MENCUBA!
 
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" 
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. 
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, 
maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." 
(Surah Al-Ahzab:71)

Ahad, 24 Oktober 2010

Kisah Benar : Pengakuan Bekas Paderi Kristian


PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!


Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.


Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpinAgong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.




Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh
dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.


Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza. 





Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak , Filipina dan Singapura. 




Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.


Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.


Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.



Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan).  Beliau beri penerangan kepada:
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam) 

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob(Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.


 
Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.






PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar."


(Surah Al-Ahzab:71) 
demi kebaikan kita bersama untuk suami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah
'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.

Khamis, 26 Ogos 2010

Pengakuan Sebenar : Kenapa Saya Tidak dirogol...?


Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….
Related Posts with Thumbnails