Anda Dihargai....

Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Sabtu, 24 November 2012

Dakwah jemari

Assalamua'laikum,

Setelah sekian lama kubiarkan sesawang memenuhi ruang ini... Tercuit hati hari ini untuk membaris kata, setelah menyepi sekian lama....

Sesungguhnya, masa yang ada memang tidak cukup-cukup untuk kita menyelesaikan segala kerja yang ada... Pesan Nabi tercinta, ingatlah 5 sebelum datang 5...salah satunya ialah masa lapang sebelum sempit..

Dek sebab itu jugalah, hari ini aku meneruskan kembali kembara dakwah jemariku ini...biarpun sedikit, walaupun sejenak...inilah ingatan buat hati yang mudah lupa...

....sebagai perkongsian, blog ini  berjaya mencuit hati ini untuk terus menulis, walau sesibuk mana....

...terus menulis sebagai usaha dakwah....

Semoga kita semua kan terus menarikan dakwah jemari ini sehingga ke penghujung nyawa.....

Khamis, 12 Julai 2012

Islam ada pesanannya....



Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

... "Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua......


catatan dari : Dr Zahazan Mohamed

Sabtu, 24 Mac 2012

Suka Duka Kehidupan ini...

Adat lah jika kejayaan disulami dengan kegembiraan. Sudah menjadi lumrah dan fitrah, apabila berjaya kita akan gembira. Syukurlah ke hadrat Illahi, kerana tahun 2011 melakar sejarah dalam kisahku seorang guru, apabila dapat melahirkan puteri sulong dengan pangkat A+, buat julung-julung kalinya. Tahniah dan syabas buat Nor Afiqah Zulkifli, semoga kejayaan ini akan menjadi contoh teladan yang baik buat adik-adik yang lain...

Belum pun puas meraikan kegembiraan itu, nikmat kehidupan ini bagai dicuit tanda peringatan oleh Al-Khaliq apabila berita keadaan tenat ibu saudarku yang hidupnya hanya bersama dua orang cucunya, tiada lagi anak-anak di sisi... Sakit yang dideritainya hanya seketika, lebih kurang 3 hari, dan apabila panggilan dari abahku yang menyatakan arwah telah pergi meninggalkan semua membuatkan hati kecil ini bagai dibisik kesedaran dan rasa syukur yang teramat...kerana masih terus diberi nikmat sebuah kehidupan... Pemergian ibu saudaraku ini pada malam Jumaat, pengurusan jenazahnya sehinggalah kepada pengkebumiannya - semuanya pada hari mulia, penghulu segala hari - Jumaat. Ya Allah, semoga Kau ampunkanlah dosa-dosa ibu saudaraku ini dan semoga Allayarham tergolong bersama mereka yang diredhai dan bersama ahli-ahli syurga...insya Allah....

Beberapa peringatan Allah tentang perkara kematian di dalam Al-Quran :

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya.” (Yunus:49)


 Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian. Ini jelas dalam al-Quran, maksudnya: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya." (Yunus:49)

  1. Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bemaksud "Sesiapa yang akhir kalimatnya 'Laikahaillah' nescaya masuk syurga' ".
  2. Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi".
  3. Mati di malam jumaat atau harinya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tiada seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur".
  4. Mati syahid di medan perang menegakkan agama Allah.
  5. Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.
  6. Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit-birit.
  7. Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas.
  8. Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa.
  9. Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam.
  10. Mati kerana beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya.

Jumaat, 3 Februari 2012

Kirimkan salawat ini di kerinduan itu....Ya Rasulullah...

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran,

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukulisterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang  kelaparan di Akhirat kelak."


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur." 


Rasulullah s. a. w. bersabda,
"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."

Sabtu, 26 November 2011

SALAM MA'AL HIJRAH 1433H....

 
Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah
 
Mengagungi hijrah yang dilakukan oleh Junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w, sama-samalah kita berusaha menuju kepada sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah kita perolehi sekarang ini. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang lebih baik dari yang sememangnya baik-baik sahaja pilihan kita. 
 
Ya Allah,  ampunkanlah dosa-dosa kami dan keluarga kami sepanjang setahun ini, dan peliharalah kami dan keluarga kami dari segala tipudaya syaitan dan seumpamanya....

Amin....



Jumaat, 9 September 2011

A Letter From Iblis.....

ADDRESS: HELLFIRE 
DATE: STARTING TODAY AND EVERYDAY 


DEAR BELIEVERS, 

I saw you yesterday as you began your daily chores. 
You woke up without a prayer. As a matter of fact, you didn't even bless your meals, or pray before going to bed last night. You are so unthankful, I like that about you. I cannot tell you how glad I am that you have not changed your way of living. Fool, you are mine.

Remember, you and I have been going steady for years, and I still don't love you yet. As a matter of fact, I hate you, because I hate what Allah made out of dirty clay and told us to bow it. How could I bow a dirty clay, when I am made from fire. 

I am more superior then you.  I don’t make mistakes. 
Whatever I do, is right. I am only using you to prove Allah (God) is wrong.
He kicked me out of Jannah (Heaven), and I'm going to use you as long as possible to prove I am right and I am better then you fools, in every sense. My life (my last resting place) is Hell, but what ever time Allah (God) has granted me, I will do my best to take as many of you fools as possible with me, to Hell. 

You see, Fools, ALLAH LOVES YOU and HE has great plans in store for you. I know that I have no power on you if you haven’t yielded your life to me and don’t forget that I made a promise to Allah (God) that I'm going to make your life a living hell. That way we'll be together twice. This will really hurt Allah (God). 
Thanks to you.
 
I'm really showing Him who's better from us, and Allah (God) has made a mistake. With all of the good times we've had... We have been watching dirty movies, cursing people out, partying, going to discos, staying out late with friends, stealing, lying, being hypocritical, indulging in fornication, overeating, telling dirty jokes, gossiping, back stabbing people, disrespecting adults and those in leadership position, NO respect for the mosque, bad attitudes: 
SURELY you don't want to give all this up! Come on, Fools, let's burn together forever. I've got some really hot plans for us. 

This is just a letter of appreciation from me to you. 
I'd like to say "THANKS" for letting me use you for most of your foolish life. You are so gullible, I laugh at you. When you are tempted to sin, you give in.

HA HA HA, you make me sick. Sin is beginning to take its toll on your life. You look 20 years older, I need new blood.
 
So go ahead and teach some children how to sin. All you have to do is smoke, drink alcohol, cheat, gamble, gossip, fornicate, and listen and dance to the top 10 jams. 

Do all this in the presence of children too, and they will do it too. Kids are like that. Your children will be with us in Hell too. That’s the best you and I can give to your children. Well, Fool, I have to let you go for now. I'll be back in a couple of seconds to tempt you again. 

If you don’t get smart, you wouldn’t run somewhere,  confess your sins, live for Allah (God) with what little bit of life that you have left. It's not my nature to warn anyone, but to be your age and still sinning, it's becoming a bit ridiculous. Don't get me wrong, I still hate you ... and I wont go to Hell alone! 

Always waiting for you, 

Satan .. Devil .. Iblis 

P.S. -And if you really love me, you won't share this informations with anyone! "

Ahad, 24 Julai 2011

Ramadhan yang dinanti.....


Meniti hari-hari yang berbaki kurang lebih seminggu lagi... Berdebar-debar dalam hati...entahkan diberi kesempatan untuk menjenguk Ramadhan kali ini... Ya Allah, mengapa setiap kali menanti kunjung tibanya Ramadhan itu, hati ini begitu sayu... Pelbagai macam cerita dan episod silam bermain di fikiran ini. 


Ya Allah,

Sampaikanlah akan Mu buat diriku ini, fajar Ramadhan kali ini... Kuatkanlah semangat dan kesungguhan dalam diri untuk menjadikan Ramadhan kali ini jauh lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Andai ada kesempatanku lagi untuk menghirup dinginnya subuh Ramadhan nanti, biarlah ianya menjadi hirupan nafas dari seorang hamba yang insaf akan segala dosa-dosanya. Biarlah dapat kuteruskan langkah kaki yang kian meniti usia ini dengan penuh rasa keinsafan dan tawadhu' kepadaMu...


Ya Allah,

Jadikanlah Ramadhan kali ini sesempurna yang dapat agar ia kan menjadi contoh teladan buat anak-anak yang tersayang. Biarlah mereka, insan-insan itu dengan pendapat dan tafsirannya yang tersendiri, namun bagiku, biarlah hanya Kau di dalam hati ini. Andai lemah jiwa ragaku nanti, Kau tiupkanlah kekuatan umpama kesungguhan para sahabat yang menegakkan kebenaran dan keadilan di muka bumi ini demi ad-deen yang suci lagi agung ini. 

Ya Allah, ampunkanlah diri hamba berdosa ini.... 

Ahad, 17 Julai 2011

Nisfu Sya'aban dalam renungan



Suatu hadis yang dirawikan oleh Atha bin Yassar, "pada malam Nifsu Syaaban, dihapuskan oleh malaikat maut, setiap orang yang hendak meninggal dunia dari Syaaban ke Syaaban yang lain,Dan seseorang menanam tanaman, menikah isteri serta membangun rumah dimana namanya telah dihapuskan sebagai orang yang mati.Tetapi malaikat maut tidak melihatnya. Kecuali ketika dia diperintahakan, maka kemudian mencabutnya..."


Imam Ahmad merawikan bahawa Rasullullah merawikan :

Pada malam Nifsu Syaaban, Allah meneliti kepada hamba-Nya, kemudian Dia mengumpul seluruh penghuni bumi kecuali dua orang; orang musyirik dan orang yang memeberati dengan dosa.


Rasulullah S.A.W menyatakan:
Malaikat jibril mendatangiku pada malam nifsu syaaban 15 Syaaban seraya berkata 'Hai Muhammmad, malam ini pintu pintu langit  dan pintu rahmat dibuka .Bangunlah dan sembahyanglah angkat kepalamu dan tadahlah dua tanganmu ke langit!

Aku pun berkata,"Hai jibril, malam ini malam apa?''


Jibril menjawab, "Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu,kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang yang bermusuhan, orang yang terus menerus minum khamar (arak), terus menerus berzina, memakan riba, derhaka kepada ibu bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan sillaturahim. Tuhan tidak akan mengampuni mereka sampai mereka taubat dan meninggalkan segala kejahatan itu..."


Rasullullah pun keluar, lantas megerjakan solat dan menangis dalam sujudnya ,seraya bermohon, 'Oh Tuhan. saya berlindung kepada-Mu dari azab seksa-Mu dan dari kemurkaaan-Mu, tiada ku batasi pujian kepada-Mu sebagaimana engkau telah memuji diri-Mu. Maka bagiMulah segala puji pujian itu hingga Engkau redha...


Rasullullah bersabda:
Barang sesiapa memuliakan bulan Syaaban dan takut kepada Allah,beramal taat kepadaNya dan menahan dirinya dari perbuatan maksiat, nescaya diampuni Allah segala dosanya dan dipelihara Allah ia pada tahun itu dari berbagai cubaan dan penyakit.."
 
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Khamis, 17 Mac 2011

Berpagi-pagianlah kamu......

Berpagi-pagianlah kamu, 
kerana di situ adanya keberkatan hidup.....


Apabila terbit sahaja matahari, sudah tersedia segenap pintu rezeki untuk mereka yang menginginkannya. Samada kita akan mengusahakannya atau terus alpa dengan segala macam kelekaan yang melalaikan... Waktu pagi adalah sangat utama dalam memulakan hari kita dan kehadirannya penuh barakah, jika kita benar-benar menghayatinya.


Manusia sebagai insan yang sering lupa...sekali ingat, seribu kali terleka. Sekali insaf, berkali-kali pula kan ingkar semula... Namun, Dia yang Maha Esa tak pernah menghampakan hamba-hambaNya untuk sentiasa memperbaharui azam setiap detik dan ketika. Apa yang penting adalah kekuatan dalaman diri sendiri untuk ada keinginan ke arah yang lebih baik....sebelum terlambat dan menyesal tiada kesudahan...
 
Antara amalan yang lazim dilakukan untuk kemanfaatan diri agar lebih dekat kepadaNya adalah :
Pertama :- Membaca , menghayati dan menghafal Al-Quran

Kedua :- Berzikir dan mempelajari agama

Al Qadhi mengatakan bahwa inilah sunnah yang biasa dilakukan oleh salaf us soleh dan para ulama. 
 
"Mereka biasa memanfaatkan waktu tersebut untuk berdzikir dan berdo’a hingga terbit matahari.” 
(Syarh An Nawawi ‘ala Muslim, 8/29, Maktabah Syamilah)
 
 
Ketiga :- Bekerja - mencari rezeki 
            (bermakna membuat perkara-perkara yang bermanfaat)

Seorang sahabat di zaman Nabi s.a.w, Shokr Al-Ghomidi, seorang pedagang telah menjadi kaya-raya apabila menuruti saranan Nabi s.a.w dengan mengusahakan dagangannya di pagi hari yang penuh barakah.


Bagaimana pula dengan diri kita? 

Ramai di antara kita sering alpa di waktu pagi ini. Sering sahaja kita melihat yang bertidur-tiduran di awal pagi. Sesudah subuh dikerjakan, lena semula. Bukankah itu suatu perkara yang merugikan...? 

Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.

Mari kita amalkan tips 5S ini, untuk mengelakkan kita daripada tidur di awal pagi..... 
 
01.Subuh
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma'thurat atau al-Quran.

02.Senaman
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.

03.Sembang
Rupanya borak-borak pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga buat kalau ada sahabat yang turut tidak tidur lepas subuh. Tapi jangan sembang benda- benda yang lagha; nanti pagi-pagi sudah kumpul dosa. Nauzubillah.

04.Sapu rumah
Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu senaman.

05.Selesai atau Sempurna
Pastikan semua yang kita buat tu semuanya selesai. Yela, nak hilangkan mengantuk, kita pun pergi la cari penyapu nak sapu rumah, tapi tidak sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk sangat.

 SELAMAT MENCUBA!
 
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" 
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. 
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, 
maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." 
(Surah Al-Ahzab:71)

Jumaat, 21 Januari 2011

Sejenak cuma...

Hidup ini cukup indah. Penuh dengan misteri. Kata orang warna-warni. Adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. Yang penting, dalam apa jua keadaan sekalipun, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Syukur dan sabar; dua rahsia kejayaan...namun sukar untuk menjadi pegangan kukuh dalam langkah kaki dalam kehidupan ini.....

Khabbab Al-Art merupakan orang yang meminta Rasulullah s.a.w. berdoa supaya dilepaskan daripada kezaliman arab Quraisy. Lalu Nabi s.a.w mengingatkan Khabbab akan betapa umat terdahulu ujiannya jauh lagi hebat daripada ujian yang mereka hadapi ini.


 Cabaran itu akan sentiasa hadir. Dan itulah gunanya kita, manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir. Namun harus diingat, kata Hamka, hujung akal adalah pangkal agama. Akal ini ada hadnya.
Moga, kuatlah jiwa...kukuhlah prinsip, yakinlah pada apa yang telah menjadi janjimu serta tasydik di sanubarimu. Biar apa pun yang melanda, yakinlah bahawa Allah tetap ada bersama di pihak yang benar.... Ingat dan selalulah beringat bahawa Allah sedang mengujimu, dengan setiap belaian jua sentuhan ujian, mehnah juga dugaan. Tabahlah duhai hati, insya Allah di sana nanti, akan ada sakinah yang abadi....


Insya Allah, semoga Kau kukuh di hatiku....

Isnin, 1 November 2010

Renungan dan syukurilah nikmat itu.....

Baca dan renungkan ........
Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah swt bersama-sama kita ; janganlah kita menyusahkan lagi hidup ibu kerana selama ini kita telah banyak menyusahkan ibu.

·

KETIKA BERUSIA SETAHUN
IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

APABILA BERUSIA 2 TAHUN IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN
IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN
TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

KETIKA BERUSIA 4 TAHUN
IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

BERUSIA 5 TAHUN
IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

SETELAH BERUSIA 6 TAHUN
IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK NAK!"

APABILA BERUSIA 7 TAHUN
IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

MENJELANG USIA 8 TAHUN
IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

KETIKA BERUSIA 9 TAHUN
IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

BERUSIA 10 TAHUN
IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

APABILA BERUSIA 12 TAHUN
IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

MENJELANG USIA 13 TAHUN
IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

KETIKA BERUSIA 14 TAHUN
IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

BERUSIA 15 TAHUN
IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

MENJELANG USIA 18 TAHUN
IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

KETIKA BERUSIA 19 TAHUN
IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

BERUSIA 20 TAHUN
IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, "?ITU BUKAN URUSAN IBU."

SETELAH BERUSIA 21 TAHUN
IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."

APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN
IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN?. "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"

MENJELANG USIA 24 TAHUN
IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI  RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH? ."

KETIKA BERUSIA 25 TAHUN
IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

PADA USIA 30 TAHUN
IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, "?ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

KETIKA BERUSIA 40 TAHUN
IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

APABILA BERUSIA 50 TAHUN
IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA  MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU  BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

DAN KEMUDIAN SUATI HARI
KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM
LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA
SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL, INGATLAH
KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG  IBU KANDUNG 
 
Ibu...semoga kau dirahmatNya dan hidupmu senantiasa berkat.
 

Rabu, 29 September 2010

9 Sifat Seorang Pemimpin yang Baik


1. Pemimpin mestilah dari orang yang mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah, mempunyai hati yang sejahtera dan sunyi dari penyakit-penyakit hati yang meruntuhkan amalan seperti riya’, tidak kasihkan pangkat dan jawatan, tidak berebut untuk jadi pemimpin atau sombong dan lain-lain.

2. Mempunyai akal yang waras, kebijaksanaan, pengalaman dan luas pemerhatian, berupaya mengalisa berbagai persoalan serta dapat memahami dan bertindak dengan baik terhadapnya. Ia mestilah bukan seorang yang kerap lupa (pelupa) atau tertutup pemikirannya.

3. Mesti bersifat dan berakhlaq lemah-lembut, kasihan belas dan mudah berurusan. Pimpinan akan terdedah kepada pelbagai ragam manusia. Oleh itu pimpinan perlu memudahkan urusan manusia lainnya dan jangan menjauhkan dan menjarakkan diri dari pergaulan dengan masyarakat.

4. Berani dan bermaruah dan tidak penakut atau membuta tuli. Alangkah bahanya ke atas jamaah jika terdapat pimpinan yang penakut dan bertindak membuta tuli. Dasar keberanian ialah ketetapan hati dan kepercayaan terhadap Allah serta kosong hati dari sifat wahan, iaitu kasihkan dunia dan takut mati. Keberanian yang dituntut ialah berterus terang dalam menyatakan kebenaran, menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan, dan berlapang dada.


5. Tawaddhu’ dan tidak meninggi diri ke atas orang lain. Kesombongan adalah penyakit yang menyebabkan hati tertutup untuk didekati. Inilah penyakit yang paling sukar diubati oleh pimpinan.

6. Menunaikan janji dan perjanjian. Akhlak ini adalah antara akhlaq yang paling dituntut ke atas umat Islam secara umum dan bagi mereka yang bekerja dalam jamaah secara khusus. Akhlaq ini akan mewujudkan suatu suasana kerja yang damai, penuh dengan kepercayaan, ketenangan dan kerjasama. Menunaikan janji adalah suatu tuntutan agama dan mengingkari janji akan memahatkannya sebagai calon ‘munafik’.

7. Sabar. Pimpinan adalah golongan yang paling banyak dijui dengan kesabaran. Pimpinan perlulah golongan yang paling banyak bersabar di dalam menghadapi kerenah ahli-ahli dalaman serta ancaman luaran. Kerana kesabaran pimpinan akan menjadi ukuran kepada anggota bawahan untuk terus cekal dan istiqomah dalam perjuangan.

8. Suci diri dan mulia. Antara cirri seorang pemimpin adalah orang yang mampu mengawal diri dari mengikut tuntunan hawa nafsunya dan keseronokan dunia. Ia perlulah mampu mengawal diri dari mengikut hawa nafsu dan menjadi contoh yang baik untuk diikuti oleh orang bawahannya.

9. Adil dan saksama walaupun kepada diri sendiri. Pemimpin perlu bersikap adil dan saksama. Adil beerti meletakkan sesuatu pada tempatnya, memberi hak kepada mereka yang berhak menerimanya dan membuat keputusan dengan adil walaupun ia akan merugikan dirinya sendiri.

Isnin, 30 Ogos 2010

Adakah kita taqwa itu....

Orang Tua Yg Bertaqwa disukai Allah dan Rasulullah, 
namun Orang Muda Yang Bertaqwa lebih disukai.....                                                                           
 
Orang Miskin Yg Bertaqwa disukai Allah dan Rasulullah,
namun Orang Kaya Yang Bertaqwa lebih disukai                                                       

Orang Sakit Yg Bertaqwa disukai Allah dan Rasulullah,
namun Orang Sihat Yang Bertaqwa lebih disukai
 
Kerana yang lebih disukai itulah sukar mencari nilai taqwa dalam kehidupannya.....
Semoga kita kan tergolong di kalangan orang-orang yang bertaqwa itu.....
Berusahalah ke arahnya, bertitiplah doa kepadaNya, seiring dengan amalan dan perilaku perbuatan, sesama insan mahupun kepada Tuhan yang Maha Agung itu... 
Walaupun mungkin adakalanya, akan ada ketikanya hati penuh remuk rendam, jiwa tertekan, sanubari disulam kesedihan....langkah kehidupan tidak keruan....
tapi ingat selalu, biarlah Allah semata tempat mengadu segalanya....biarkan sahaja Dia yang menjadi Penentu kehidupanmu yang berbaki entah berapa lama tinggalnya..... Insya Allah.....                                                           

Khamis, 26 Ogos 2010

Matlamatnya apa agaknya....?


 Menyelamat atau mengambil kesempatan....? Begitulah juga yang boleh kita tamsilkan dalam kehidupan seharian kita.... dalam setiap perbuatan, tutur dan langkah kita, apakah benar-benar ikhlas dan mempunyai matlamat yang jelas atau sekadar hanya akan mengaburi pandangan mereka yang di sekeliling kita.... Muhasabahlah bersama.....

Selasa, 17 Ogos 2010

....Ikhlas, demi Allah...

Untuk apa sesuatu kebaikan itu kita lakukan.....? Apakah untuk mendapat pujian dan sanjungan daripada seseorang? Atau mungkin untuk tujuan atau habuan yang tersedia untuk kita? 



Bukankah apa jua tindakan dan usaha kita di dunia ini Lillahi Taa'la? Andai pun sekiranya, apa-apa yang dibuat itu tidak dipersetujui oleh orang lain, pedulikan... Biar lah Tuhan sahaja yang mengukur hasil usaha kita itu. Jika kita pertahankan sekali pun, di mata masyarakat mungkin sukar untuk memahami tujuan kita iaitu semata-mata untuk Allah...

Marilah kita muhasabah hati...iklaskan hati, apa jua kebajikan yang dibuat, biar lah Allah sahaja yang tentukan. Andai tidak mendapat apa-apa respon daripada masyarakat yang semaikin pincang ini, maka kepadaNya jualah kita berserah... Ingatlah selalu, bahawa Allah tak akan bertanya apakah hasil dari usaha yang engkau telah lakukan....tapi kita akan ditanya, sudahkah engkau berusaha?

Renungkanlah...

Sabtu, 14 Ogos 2010

Mengapa manusia tak pernah insaf dari BERBOHONG?

 Kalau seseorang dah biasa berbohong, lidahnya tak kan pernah jemu untuk tidak berkata benar. Bagi mereka, berbohong itu suatu perkara biasa..walhal bagi kita yang bercakap benar, ia suatu yang tidak sepatutnya dibuat. 

Peribahasa Melayu pun ada berbunyi, Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri... Amat benar sekali perumpamaan ini, kerana apabila dilihat dari sikap mereka yang sering bercakap bohong ini, ada ketikanya nanti, beliau akan pula membuat suatu kesalahan yang lebih buruk lagi, mencuri...Usahlah dimengertikan mencuri itu semata-mata dengan mencuri wang dan harta, malah banyak lagi ruang perkara yang boleh ditafsirkan, sebagai contohnya; mencuri waktu, mencuri kepercayaan orang, mencuri kesempatan yang diberi dan yang seumpamanya... 

Telah jelas dalam Sabda Nabi s.a.w di bawah ini akan sifat mereka yang bercakap bohong ini dikategorikan sebagai orang munafik..

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” 
(Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)
 
Oleh yang demikian, haruslah kita hentikan perbuatan ini dan sekiranya kita bersama dengan golongan ini, peringatkanlah mereka. Seandainya pula si tuan punya diri amat degil, maka marilah sama-sama kita boikot untuk berkawan dengan spesies manusia yang seperti ini. Namun, jangan dilupakan untuk kita selaku Muslim menjalankan tanggungjawab mendoakan sahabat kita tadi agar diberikan petunjuk dan hidayah dariNya, sebelum masa sudah terlambat nanti.....
Wallahua'lam....

Rabu, 11 Ogos 2010

"..dah Ramadhan..."

Kita seringkali banyak bercakap dan berbual, jarang sekali untuk membuat renungan.. Renungan hanya tika saat memerlukan saja, sedangkan 'alam ini penuh dgn keagungan Allah Ta'ala..Andai direnungkan setiap masa, takkan habis..... sampai di pengakhiran jiwa kita di dunia..Renungan kadangkala menyedarkan diri akan matlamat sebenar kita hidup didunia ini...apatah lagi apabila menjelang kini bulan penuh barokah ini...
Kini bulan penuh Rahmat ini menjelang lagi..Ramadhan Kareem..... Hari pertama untuk diharungi...bersama qudrat yang masih tersisa di ketika tempoh usia yang terus dibekalkan olehNya kepada kita semua...
*1 Ramadhan... sahurnya : seawal jam 4.30pagi, telah bangkit dari lena, menyiapkan sedikit sebanyak juadah untuk keluargaku bersahur...semoga usahaku ini istiqamah sifatnya...

Betapa besarnya rahmat Ramadhan sehingga diberitahu oleh Rasulullah s.a.w bahawa sesiapa dalam hatinya menanti dan mengharapkan kedatangan Ramadhan, dia beroleh rahmat yang besar. Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud,"Sesiapa yang bergembira dengan kedatangan Ramadhan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka." ( Hadia Riwayat Ibnu Majah)

*semalam dalam kereta,  dalam perjalanan ke Masjid untuk tarawikh, Asma' berbicara dengan kepetahannya... "Asma' memang dah lama rindukan Ramadhan ni, tau bu..." Huhu, terharu hati kecilku... semoga semua yang mendengar apa yang diperkatakan oleh anak kecilku ini akan mengerti dan ambil iktibar akan maksudnya dan menjadi insan yang sentiasa merindui kehadiran Ramadhan Al Mubarak.....

Selain sebagai rukun yang wajib dilaksana- kan oleh setiap umat Islam, ibadah puasa di bulan Ramadhan ini juga akan dapat menjadikan kita mengenal akan diri kita yang sebenar andaikata kita benar-benar menghayatinya..... Bulan Ramadhan juga merupakan bulan kemenangan untuk Islam dan umatnya... Proses berpuasa dapat menimbulkan rasa insaf dan syukur di hati sanubari...selain mendidik jiwa supaya sentiasa menghindari sifat-sifat mazmumah umpama amarah melampau, pembaziran soal pemakanan, nafsu yang pelbagai dan juga pengurusan masa yang tidak terurus.

*kalau penat sangat lepas balik sekolah nanti, tidur je, tidur pun dapat pahala lebih bulan puasa ni...itulah antara kata-kata semangat yang sering menjadi perangsang kepada anak-anak kecil yang baru nak mengenal ibadah puasa...

Apa yang kita harapkan, agar setelah kini kita semua tidak lagi bergelar kanak-kanak, ibadah puasa di bulan Ramadhan ini dapat kita lipatgandakan dengan pelbagai aktiviti tambahan sebagai menjurus kepada usaha ke arah pembaikpulihan segala kesilapan dan kelemahan kita setahun yang lalu...agar hidup kita selepas ini kan menjadi lebih terpandu sebagai Muslim yang lebih bermakna di hidupkan olehNya di akhir zaman ini, insya Allah.....

 
 

Sabtu, 24 Julai 2010

Bersediakah kita untuk kitab amal yang baru...?


Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata:

“Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. 
Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – penat)”.

Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Sama-samalah kita semua ambil iktibar atas peribadi mulia Nabi s.a.w kesayangan umat ini. Selamat datang Ramadhan...kira-kira 15 hari lagi kedatangannya. Semoga Sya'aban yang berbaki ini akan lebih bermakna bagi kita. Ayuhlah bersama, kita 'berlatih' untuk kedatangan Ramadhan nanti....


Doa nanti malam, selepas Maghrib...sebaiknya selepas bacaan Yassin(sedapatnya 3 kali) :

“Ya Allah, sekiranya namaku berada dalam senarai orang-orang yang masuk Syurga maka kekalkanlah.  Dan jikalau nama aku berada di dalam senarai orang-orang yang masuk Neraka maka pindahkanlah nama aku itu ke dalam senarai orang-orang yang ahli Syurga.  Dengan berkat malam Nisfu Syaaban dan berkat kekasihMu nabi Muhammad s.a.w.” ameen.
Related Posts with Thumbnails