Anda Dihargai....

Sabtu, 14 Ogos 2010

Mengapa manusia tak pernah insaf dari BERBOHONG?

 Kalau seseorang dah biasa berbohong, lidahnya tak kan pernah jemu untuk tidak berkata benar. Bagi mereka, berbohong itu suatu perkara biasa..walhal bagi kita yang bercakap benar, ia suatu yang tidak sepatutnya dibuat. 

Peribahasa Melayu pun ada berbunyi, Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri... Amat benar sekali perumpamaan ini, kerana apabila dilihat dari sikap mereka yang sering bercakap bohong ini, ada ketikanya nanti, beliau akan pula membuat suatu kesalahan yang lebih buruk lagi, mencuri...Usahlah dimengertikan mencuri itu semata-mata dengan mencuri wang dan harta, malah banyak lagi ruang perkara yang boleh ditafsirkan, sebagai contohnya; mencuri waktu, mencuri kepercayaan orang, mencuri kesempatan yang diberi dan yang seumpamanya... 

Telah jelas dalam Sabda Nabi s.a.w di bawah ini akan sifat mereka yang bercakap bohong ini dikategorikan sebagai orang munafik..

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” 
(Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)
 
Oleh yang demikian, haruslah kita hentikan perbuatan ini dan sekiranya kita bersama dengan golongan ini, peringatkanlah mereka. Seandainya pula si tuan punya diri amat degil, maka marilah sama-sama kita boikot untuk berkawan dengan spesies manusia yang seperti ini. Namun, jangan dilupakan untuk kita selaku Muslim menjalankan tanggungjawab mendoakan sahabat kita tadi agar diberikan petunjuk dan hidayah dariNya, sebelum masa sudah terlambat nanti.....
Wallahua'lam....

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails