Anda Dihargai....

Ahad, 1 Ogos 2010

Doa buat mereka yang tersayang...

Abang, along dan angah..
- pagi-pagi lagi dah bertolak ke Sg Buloh, rumah kakak ipar-k.Lah, ada sedikit urusan 'bussiness' nya. semoga semuanya selamat di perjalanan dan selamat sampai ke Melaka semula. Awal pagi lagi dua-dua hero itu dah bangun dengan mudahnya... Memang dah berjanji dengan ayahnya dari malam tadi, untuk jadi peneman buat ayah tercinta....

Usamah Ziad...
Hait!
- hari ini sebenarnya, baru ujian tali pinggangnya. Sejak dari jam 9.30pagi dah sampai, tapi Sir belum kunjung tiba lagi. Selepas seketika menunggu, kuhubungi terus Sir....memang hari ini katanya, tunggu sebentar, semua sekolah pun ujian hari ini, sekejap lagi dia sampai katanya. Begini rupanya, tak pernah lagi melalui situasi ini...biasanya dengan ujian lain adalah, ujian taekwando ni, tak pernah lagi... Harap-harap, Ziad akan berjaya.....


Watchaa!!
Asmaa' Dalili...
- si puteri manja sorang ni pulak, agendanya....baru nak basuh kasut... Abang-abangnya dah selesai, dia baru nak basuh... Berdoalah Asmaa' agar sang matahari kat luar tu, kesian kat kasut Asmaa' tu, nanti ibu kena bukak kedai jual kasut pulak...

Gambar telah dibuang atas sebab-sebab yang tertentu

1 ulasan:

dikya berkata...

aiyokk asma.. mane bajunye? seksi...

Related Posts with Thumbnails