Hampir terlupa aku tengahari tadi, syukur ibu mengingatkan dalam mesejnya..."Asma' & Ziad dah diambil dari sekolah?"...
Aku bergegas ke sekolah mereka, walaupun dalam masa yang sama, teringat dalam kepala ini, jam 2.30 perlu berada di sekolah semula...
Ibu, abah dan Nitik ke Perak sekali lagi...nak jenguk anak-anak buahku di sana....rindu barangkali, yelah hati orang tua.... Orang yang di Perak jarang-jarang sudah balik ke Melaka... Sibuk mungkin... Biarlah, apa yang nak dicemburukan....
Bukankah kalau hendak, setiap hari pun orang Melaka ni boleh berjumpa bersua dengan orang tua yang masih ada. Cuma samada hendak atau tidak sahaja. Bersabarlah duhai jiwa....usah diikutkan bisikan-bisikan yang merosakkan kesucian hatimu sebagai dia yang mungkin kan terus beralah. Ingat pesanan sahabatmu dahulu; orang yang beralah itu bukanlah semestinya dia kalah... Perkuatkan semula jiwamu, yakinkan peganganmu, setiap apa yang tersurat ini pasti seribu satu hikmahnya yang tersembunyi.... Ingatlah selalu.....SABAR dan YAKIN.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan