seberapa besar onak & duri melanda dirimu, bersabarlah duhai hati; jangan terus mengalah hingga tersungkur ke tanah. Yakinkan dirimu, kuatkan imanmu, kebalkan kepercayaanmu agar ia bisa menjadi nadi untukmu terus berjuang di bumi Allah ini sebagai khalifahNya...
Sabtu, 24 Julai 2010
Bersediakah kita untuk kitab amal yang baru...?
Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata:
“Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari].
Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – penat)”.
Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).
Sama-samalah kita semua ambil iktibar atas peribadi mulia Nabi s.a.w kesayangan umat ini. Selamat datang Ramadhan...kira-kira 15 hari lagi kedatangannya. Semoga Sya'aban yang berbaki ini akan lebih bermakna bagi kita. Ayuhlah bersama, kita 'berlatih' untuk kedatangan Ramadhan nanti....
Doa nanti malam, selepas Maghrib...sebaiknya selepas bacaan Yassin(sedapatnya 3 kali) :
“Ya Allah, sekiranya namaku berada dalam senarai orang-orang yang masuk Syurga maka kekalkanlah. Dan jikalau nama aku berada di dalam senarai orang-orang yang masuk Neraka maka pindahkanlah nama aku itu ke dalam senarai orang-orang yang ahli Syurga. Dengan berkat malam Nisfu Syaaban dan berkat kekasihMu nabi Muhammad s.a.w.” ameen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan