Anda Dihargai....

Rabu, 11 Ogos 2010

"..dah Ramadhan..."

Kita seringkali banyak bercakap dan berbual, jarang sekali untuk membuat renungan.. Renungan hanya tika saat memerlukan saja, sedangkan 'alam ini penuh dgn keagungan Allah Ta'ala..Andai direnungkan setiap masa, takkan habis..... sampai di pengakhiran jiwa kita di dunia..Renungan kadangkala menyedarkan diri akan matlamat sebenar kita hidup didunia ini...apatah lagi apabila menjelang kini bulan penuh barokah ini...
Kini bulan penuh Rahmat ini menjelang lagi..Ramadhan Kareem..... Hari pertama untuk diharungi...bersama qudrat yang masih tersisa di ketika tempoh usia yang terus dibekalkan olehNya kepada kita semua...
*1 Ramadhan... sahurnya : seawal jam 4.30pagi, telah bangkit dari lena, menyiapkan sedikit sebanyak juadah untuk keluargaku bersahur...semoga usahaku ini istiqamah sifatnya...

Betapa besarnya rahmat Ramadhan sehingga diberitahu oleh Rasulullah s.a.w bahawa sesiapa dalam hatinya menanti dan mengharapkan kedatangan Ramadhan, dia beroleh rahmat yang besar. Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud,"Sesiapa yang bergembira dengan kedatangan Ramadhan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka." ( Hadia Riwayat Ibnu Majah)

*semalam dalam kereta,  dalam perjalanan ke Masjid untuk tarawikh, Asma' berbicara dengan kepetahannya... "Asma' memang dah lama rindukan Ramadhan ni, tau bu..." Huhu, terharu hati kecilku... semoga semua yang mendengar apa yang diperkatakan oleh anak kecilku ini akan mengerti dan ambil iktibar akan maksudnya dan menjadi insan yang sentiasa merindui kehadiran Ramadhan Al Mubarak.....

Selain sebagai rukun yang wajib dilaksana- kan oleh setiap umat Islam, ibadah puasa di bulan Ramadhan ini juga akan dapat menjadikan kita mengenal akan diri kita yang sebenar andaikata kita benar-benar menghayatinya..... Bulan Ramadhan juga merupakan bulan kemenangan untuk Islam dan umatnya... Proses berpuasa dapat menimbulkan rasa insaf dan syukur di hati sanubari...selain mendidik jiwa supaya sentiasa menghindari sifat-sifat mazmumah umpama amarah melampau, pembaziran soal pemakanan, nafsu yang pelbagai dan juga pengurusan masa yang tidak terurus.

*kalau penat sangat lepas balik sekolah nanti, tidur je, tidur pun dapat pahala lebih bulan puasa ni...itulah antara kata-kata semangat yang sering menjadi perangsang kepada anak-anak kecil yang baru nak mengenal ibadah puasa...

Apa yang kita harapkan, agar setelah kini kita semua tidak lagi bergelar kanak-kanak, ibadah puasa di bulan Ramadhan ini dapat kita lipatgandakan dengan pelbagai aktiviti tambahan sebagai menjurus kepada usaha ke arah pembaikpulihan segala kesilapan dan kelemahan kita setahun yang lalu...agar hidup kita selepas ini kan menjadi lebih terpandu sebagai Muslim yang lebih bermakna di hidupkan olehNya di akhir zaman ini, insya Allah.....

 
 

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails