Anda Dihargai....

Selasa, 24 Ogos 2010

Tersentuh sanubari....

Kad pemberian mereka....

Pagi tadi, lepas waktu kedua, dalam lebih kurang jam 8.50pagi, S******* dan Z****** masuk ke bilik guru kami tu, dan terus menghulurkan sekotak hadiah, bereben dan agak besar juga, dimasukkan ke dalam satu plastik besar.... Ada juga sekeping kad warna pink di atasnya....

Dengan nada terkejut, kuajukan soalan kepada mereka berdua, "Ni, untuk hadiah apa ni.....? Birthday cikgu lama lagi..." terjah soalan yang keluar dari mulut ini. "Tak apalah cikgu....ambiklah, dari kami...." kata Z******. Yang sorang lagi, S******* mendiamkan diri aje....kelu lidah barangkali...(memang dia lebih pendiam dari Z******).

Agak malu juga, sebab semua rakan guru yang lain ada di situ, Kak Sham, Rohaiza, Kak Roswati dan Kak Salmah(bersama 2 orang murid yang sedang berjumpa). Maka aku pun terima (dalam hati penuh bangga....) sebab tak mahu lebih masa mereka diambil... "Terima kasih, ye..." kataku ringkas....

...macam kotak hantaran....

Kak Sham terus datang kepadaku, melihat-lihat..."Bukaklah, tengok apa yang diberinya...." kata Kak Sham. Aku lantas membuka kadnya dahulu....kubaca bait-bait perkataan yang tertera, namun 'blank' je rasanya..... Lepas tu, kotak bereben yang cantik itu, aku buka..... Alangkah terkejutnya apabila melihatkan kandungannya....sehelai jubah warna cokelat perang....ada benang sulam juga di bahagian badannya... Apa yang pasti, saiznya XXXL....(dalam hati berkata, pandai mereka berdua ni pilihkan saiz...)

Maka, dengan tak sabarnya aku, terus mencubanya....walaupun dah agak macam tak berapa muat ni.... Mmmm......bak kata Kak Roswati, "mereka bijak ni, bagi hadiah tu....., Haslina ada dua makna tau....satu sebab memang sebagai hadiah tanda terima kasih.... Keduanya, they all nak u kuruskan badan...", ha, terkena aku.....

Anyhow, it's really meaningful for me....yang jarang2 dapat hadiah, appreciate dari orang dan yang seumpamanya ni.... mana-mana orang pun, akan suka bila dapat hadiah.... Sebab tulah, aku suka bagi hadiah/something/apa-apa kepada orang.... Bila terkena mcm ni, alhamdulillah sangat..... (^______^)

Semoga, ukhuwwah yang terjalin antara kami, walaupun hanya sebagai mentor & mentee sahaja, tapi biarlah ianya akan membuahkan kebaikan untuk kedua-dua belah pihak ini. Untuk kalian, cikgu doakan semoga kalian kan lebih mudah menghadapi langkah-langkah seterusnya, menjelang hari besar kalian, peperiksaan SPM...menjadi pelajar yang baik untuk guru-gurunya, anak yang solehah buat ibu bapanya... insya Allah....

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails