Anda Dihargai....

Sabtu, 24 Mac 2012

Suka Duka Kehidupan ini...

Adat lah jika kejayaan disulami dengan kegembiraan. Sudah menjadi lumrah dan fitrah, apabila berjaya kita akan gembira. Syukurlah ke hadrat Illahi, kerana tahun 2011 melakar sejarah dalam kisahku seorang guru, apabila dapat melahirkan puteri sulong dengan pangkat A+, buat julung-julung kalinya. Tahniah dan syabas buat Nor Afiqah Zulkifli, semoga kejayaan ini akan menjadi contoh teladan yang baik buat adik-adik yang lain...

Belum pun puas meraikan kegembiraan itu, nikmat kehidupan ini bagai dicuit tanda peringatan oleh Al-Khaliq apabila berita keadaan tenat ibu saudarku yang hidupnya hanya bersama dua orang cucunya, tiada lagi anak-anak di sisi... Sakit yang dideritainya hanya seketika, lebih kurang 3 hari, dan apabila panggilan dari abahku yang menyatakan arwah telah pergi meninggalkan semua membuatkan hati kecil ini bagai dibisik kesedaran dan rasa syukur yang teramat...kerana masih terus diberi nikmat sebuah kehidupan... Pemergian ibu saudaraku ini pada malam Jumaat, pengurusan jenazahnya sehinggalah kepada pengkebumiannya - semuanya pada hari mulia, penghulu segala hari - Jumaat. Ya Allah, semoga Kau ampunkanlah dosa-dosa ibu saudaraku ini dan semoga Allayarham tergolong bersama mereka yang diredhai dan bersama ahli-ahli syurga...insya Allah....

Beberapa peringatan Allah tentang perkara kematian di dalam Al-Quran :

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya.” (Yunus:49)


 Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian. Ini jelas dalam al-Quran, maksudnya: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya." (Yunus:49)

  1. Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bemaksud "Sesiapa yang akhir kalimatnya 'Laikahaillah' nescaya masuk syurga' ".
  2. Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi".
  3. Mati di malam jumaat atau harinya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tiada seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur".
  4. Mati syahid di medan perang menegakkan agama Allah.
  5. Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.
  6. Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit-birit.
  7. Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas.
  8. Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa.
  9. Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam.
  10. Mati kerana beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails