Foto Syawal tahun lalu |
Anak-anak permata bahagia.... Mengorak langkah usia yang semakin bertambah, anak-anak yang semakin membesar, membuatkan diri ini merenung ke dalam diri betapa banyaknya nikmat yang telah Allah kurniakan dengan segala anugerah pada anak-anak yang dikurniakan dengan pelbagai macam kelebihan, walaupun kekadang ianya merupakan karenah yang sememangnya menduga kesabaran dan kesungguhan hati seorang ibu.....
Asmaa' Dalili : keletahnya percakapannya - Masya Allah....bersesuaianlah dengan namanya.... Agaknya masa dia dalam kandunganku, mungkin aku memang banyak bercakap...sebab itulah agaknya dia sangat banyak dan pandai bercakap... Ingat ya nak, semoga kata-kata kita itu semuanya yang baik-baik belaka dan menjadi buah-buah kebajikan di dunia ini, insya Allah.
Merah pun boleh lah, gantikan pink! |
Muhammad Usamah Ziad nama diberi....nama yang terpanjang dalam keluarga ini.... Harap-harapnya nanti tidak menjadi beban buatnya untuk memikul tanggungjawab bersama sebagai pejuang agama di kala besar nanti.... Seperti kata ayahnya, sempena Sirah Nabi, siapakah dia Usamah Zaid yang begitu besar jasanya untuk Islam dan menjadi kesayangan Nabi s.a.w....
Nak jadi Mat Rempit ke ni...? |
Nama diberi Ahmad Baihaqi, sempena mengambil berkat salah seorang perawi Hadith sahih, Imam Baihaqi. Kalau diikutkan, kemahiran tangannya memang mendahului abang adiknya yang lain. Sering aje kita akan temui 'hasil kraftangan' nya yang bermacam-macam jenis dan aspek... Semoga semua kelebihan itu akan dimanfaatkan untuk kemajuan ad-deen kita yang suci ini, insya Allah....
Kreativiti Baihaqi dalam Tower Up Game |
Abang Long - Abdullah Muzakkir nama diberi, yang bermaksud "Hamba Allah yang sentiasa memberi peringatan" - seiring dengan penderitaan yang ditanggungnya semenjak dilahirkan ke dunia ini. Dengan segala keperitan seawal usia selepas dilahirkan hinggalah ke usianya 77 hari, dengan gejala Chronic Lung Disease yang dikhabarkan oleh pihak Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, Muzakkir membesar agak lambat di masa awal kanak-kanaknya... Namun setelah keimunan dirinya terbina, Alhamdulillah - syukurku padaMu, Ya Allah, semoga beliau kan menjadi contoh teladan yang baik untuk semua adik-adiknya...
Umpama anak MERDEKA! |
Syukurilah dengan zuriat yang dikurniakan dan janganlah hendaknya kita mensia-siakan mereka kerana anak-anak adalah amanah Allah yang akan dipersoalkan semula nanti di hari perhitungan. Berdoalah selalu untuk mereka agar dapat menjadikan kehidupan mereka nanti di kala ketiadaan kita di dunia ini sebaik-baik kehidupan dan semoga mereka dapat mendoakan untuk kita, Insya Allah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan