Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai
Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu
Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah
Mengagungi hijrah yang dilakukan oleh Junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w, sama-samalah kita berusaha menuju kepada sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah kita perolehi sekarang ini. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang lebih baik dari yang sememangnya baik-baik sahaja pilihan kita.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan keluarga kami sepanjang setahun ini, dan peliharalah kami dan keluarga kami dari segala tipudaya syaitan dan seumpamanya....
Amin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan