Anda Dihargai....

Sabtu, 29 Januari 2011

Berapa pusar Ziad???

Anakku berpusar TIGA!

Muhammad Usamah Ziad, ada tiga pusar???

Biasanya pusar ni, setiap orang ada satu saja. Tapi adakalanya ada juga yang mempunyai dua pusar. Mengikut kata orang tua-tua, mereka yang berpusar dua ini, kalau menternak haiwan ternakan; kambing, lembu atau biri-biri, akan menjadi(membiak). Itulah yang telah kami perasan dari kecilnya, Ahmad Baihaqi memang berpusar dua...maka, memang menjadi cita-citanya untuk menjadikan usaha menternak kambing sebagai kerja sambilannya nanti, di samping kerjaya tetapnya, seorang arkitek...


Lain pula ceritanya dengan Usamah Ziad...setelah dia agak besar baru kami benar-benar perasan yang dia mempunyai 3 pusar sebenarnya.... Memang dari kecilnya, aku sendiri perasan, rambut di bahagian hadapan(atas dahi) agak lebat yang 'semacam'. Tapi tak kisah sebab memang angah pun berpusar dua. Cuma bagi pusarnya yang di tengah-tengah kepala itu, sebenarnya sangat berdekatan... Maka, 2 + 1 = 3 lah pusar yang dia ada....


Entah apa pulak kelebihannya....


Dua pusar di tengah kepala yang sangat berdekatan
Satu lagi pusar yang agak ke hadapan..perasan kan?
Ziad encem!
Semoga semua anakku, lelaki dan perempuan kan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...insya ALlah...

Jumaat, 21 Januari 2011

Sejenak cuma...

Hidup ini cukup indah. Penuh dengan misteri. Kata orang warna-warni. Adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. Yang penting, dalam apa jua keadaan sekalipun, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Syukur dan sabar; dua rahsia kejayaan...namun sukar untuk menjadi pegangan kukuh dalam langkah kaki dalam kehidupan ini.....

Khabbab Al-Art merupakan orang yang meminta Rasulullah s.a.w. berdoa supaya dilepaskan daripada kezaliman arab Quraisy. Lalu Nabi s.a.w mengingatkan Khabbab akan betapa umat terdahulu ujiannya jauh lagi hebat daripada ujian yang mereka hadapi ini.


 Cabaran itu akan sentiasa hadir. Dan itulah gunanya kita, manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir. Namun harus diingat, kata Hamka, hujung akal adalah pangkal agama. Akal ini ada hadnya.
Moga, kuatlah jiwa...kukuhlah prinsip, yakinlah pada apa yang telah menjadi janjimu serta tasydik di sanubarimu. Biar apa pun yang melanda, yakinlah bahawa Allah tetap ada bersama di pihak yang benar.... Ingat dan selalulah beringat bahawa Allah sedang mengujimu, dengan setiap belaian jua sentuhan ujian, mehnah juga dugaan. Tabahlah duhai hati, insya Allah di sana nanti, akan ada sakinah yang abadi....


Insya Allah, semoga Kau kukuh di hatiku....
Related Posts with Thumbnails