Sebaik sahaja pihak klinik memberitahu, ubat yang kutanya masih belum sampai lagi, dengan tanpa berfikir panjang, aku terus membuat "U-turn" sebab memang pasti jalan lengang dan selamat untuk kubuat pusingan pada ketika itu....
Tersilap aku, kerana ada mata-mata yang memerhati rupanya tindakanku sebentar tadi....
Setelah memandau dalam 200meter ke hadapan, aku terdengar hon dan bila kukerling menerusi cermin sisi, "Alamakkk......kena lah aku!"
Kupandu ketepi jalan sementara si encik polis pun memberhentikan motornya beberapa meter di hadapan keretaku. Aku terus mengeluarkan I.C(langkah bersedia dan untuk menghilangkan rasa gementar). Dalam hati, mulalah gelabah..mulut pulak kumat-kamit membaca doa, macam-macam doa yang terlintas aku baca...
"Minta I.C," pintanya. Aku terus menghulurkan.
"Puan sebenarnya nak ke mana?" tanya beliau lagi.
"Saya nak ke klinik Amal," jawabku sambil menunjukkan slip ubat kepunyaan ibu kepadanya.
"Dalam pada itu, pihak klinik memberitahu saya ubat memang tiada dalam stok lagi," kataku lancar.
"Sebab itulah saya terus pusing.... Saya minta maaf lah encik," balasku lagi penuh simpati.
"Owh, jadi Puan tahulah kesalahan apa Puan buat, ye..?" tanyanya pula,
"Ya, saya tahu. Saya minta maaf sekali lagi..." lembut aje bahasaku.
"Anak saya pun memang saya bawa ke klinik Amal tu. Memang serasi kat sana," ceritanya kepadaku. Tersenyum hatiku, bisikku sendirian...Alhamdulillah..... "Puan tinggal mana?" tanya beliau lagi.
"Saya duduk di Bukit Serindit. Encik pula?" tanyaku ramah.
"Saya di Duyong," jawabnya ringkas.
"Owh," kataku.
"Lain kali jangan buat lagi, ye," katanya yang kuanggap suatu arahan penuh hikmah.
"Baiklah, insya Allah," kataku ringkas.
Beliau berlalu....
Iktibar cerita :
Aku respect cara encik polis ini bertugas. Tidak seperti sesetengah polis trafik yang pernah menahanku selama mana aku pernah menjadi pemandu semenjak 1997 lagi. Ada antaranya tu, bila berhenti aje, terus keluarkan buku samannya dan pen. Atau paling tidak pun, berhenti sebelah pintu kita, sambil mencekak pinggang.
Sekurang-kurangnya dengan sikap yang ditunjukkan oleh encik polis ini tadi, dapatlah aku memadam nostalgia lama yang tak enak dialami sebelum ini.
Jangan jadi macam mamat ni! |