Berpagi-pagianlah kamu,
kerana di situ adanya keberkatan hidup.....
Apabila terbit sahaja matahari, sudah tersedia segenap pintu rezeki untuk mereka yang menginginkannya. Samada kita akan mengusahakannya atau terus alpa dengan segala macam kelekaan yang melalaikan... Waktu pagi adalah sangat utama dalam memulakan hari kita dan kehadirannya penuh barakah, jika kita benar-benar menghayatinya.
Manusia sebagai insan yang sering lupa...sekali ingat, seribu kali terleka. Sekali insaf, berkali-kali pula kan ingkar semula... Namun, Dia yang Maha Esa tak pernah menghampakan hamba-hambaNya untuk sentiasa memperbaharui azam setiap detik dan ketika. Apa yang penting adalah kekuatan dalaman diri sendiri untuk ada keinginan ke arah yang lebih baik....sebelum terlambat dan menyesal tiada kesudahan...
Antara amalan yang lazim dilakukan untuk kemanfaatan diri agar lebih dekat kepadaNya adalah :
Pertama :- Membaca , menghayati dan menghafal Al-Quran
Kedua :- Berzikir dan mempelajari agama
Al Qadhi mengatakan bahwa inilah sunnah yang biasa dilakukan oleh salaf us soleh dan para ulama.
"Mereka biasa memanfaatkan waktu tersebut untuk berdzikir dan berdo’a hingga terbit matahari.”
(Syarh An Nawawi ‘ala Muslim, 8/29, Maktabah Syamilah)
Ketiga :- Bekerja - mencari rezeki
(bermakna membuat perkara-perkara yang bermanfaat)
Seorang sahabat di zaman Nabi s.a.w, Shokr Al-Ghomidi, seorang pedagang telah menjadi kaya-raya apabila menuruti saranan Nabi s.a.w dengan mengusahakan dagangannya di pagi hari yang penuh barakah.
Bagaimana pula dengan diri kita?
Ramai di antara kita sering alpa di waktu pagi ini. Sering sahaja kita melihat yang bertidur-tiduran di awal pagi. Sesudah subuh dikerjakan, lena semula. Bukankah itu suatu perkara yang merugikan...?
Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.
01.Subuh
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma'thurat atau al-Quran.
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma'thurat atau al-Quran.
02.Senaman
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.
03.Sembang
Rupanya borak-borak pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga buat kalau ada sahabat yang turut tidak tidur lepas subuh. Tapi jangan sembang benda- benda yang lagha; nanti pagi-pagi sudah kumpul dosa. Nauzubillah.

04.Sapu rumah
Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu senaman.
Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu senaman.
05.Selesai atau Sempurna
Pastikan semua yang kita buat tu semuanya selesai. Yela, nak hilangkan mengantuk, kita pun pergi la cari penyapu nak sapu rumah, tapi tidak sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk sangat.

SELAMAT MENCUBA!
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)