Anda Dihargai....

Khamis, 12 Mei 2011

Mataku....

Hari ini dah masuk hari ke 6 tak ke sekolah... Semoga mataku ini semakin elok dan sembuh...mudah-mudahan. Ada yang bertanya khabarku, bagaimana dah sihat ke? Betul ke sakit? Mmmm....macam-macam jenis soalan yang kuterima.

Dimulai dengan abah,berjangkit pula pada Asmaa'. Lepas tu, ibu pulak dan aku menyahut cabaran sakit mata ini. 3 hari lalu, along Muzakkir pulak. Dan yang terkini angah Baihaqi semalam dan pagi ini dah mula kutitikkan ubat mata ke matanya. Semoga Ziad dan ayahnya terus bertahan....

Asmaa' yang 'bergaya' walaupun tidur.
Mataku....
Alang-alang dah bercuti dan sakit pun dah beransur kurang, bolehlah dipelbagaikan aktiviti di rumah ini. Sedangkan di awal tempoh cuti sakit dahulu, lebih banyak masa digunakan untuk berehat saja. Masakan tidak kerana perit sangat terasa, sampaikan menyidai pakaian pun pakai cermin mata hitam...

Antara yang menjadi kegemaran anak-anak ialah makan ais krim Malaysia. Maka, pagi ini koleksi ais krim Malaysia yang ada ditambah lagi. Semoga sekembalinya mereka dari sekolah nanti, seronok mereka menikmatinya...

Hadir dalam 3 perasa; oren, sarsi dan bandung

Ahad, 8 Mei 2011

Bingkisan buatmu,ibu....

Pagi ini, pesanan seorang saudara seIslam....di facebook untuk mendengar ulangan temubual Ustazah Norhafizah Musa dari UTM, di Segmen Warna Pagi IKIM.fm telah memberiku banyak pengajaran.... Seperti biasa apa yang didengar menjadi halwa telinga buat kita sebagai manusia biasa ini...

Banyaklah yang diperkatakan oleh Ustazah penceramah itu, yang terkena betul akan diri ini. Aku lantas mencapai telefon bimbit dan menghantar sms - ucapan buat ibuku tersayang... Setelah selesai mendengarkan  segmen yang benar-benar mampu menitikkan walaupun setitis dua air mata ini, aku terus menghubungi ibu...


Subhanallah.....Syukur padaMu Ya Allah, aku masih mampu mendengarkan suaranya.... Namun, di situ, di awal perbualan kami itu, hatiku ini terus-terusan nak ada sifat 'terasa'nya itu......mengapa Ya Allah..... Biarkan sajalah ia berlalu....namun hatiku sebagai insan biasa, kerap aje tersentuh....semoga Kau tabahkanlah hati ini agar tidak terus terasa dengan apa yang berlaku itu....
"Hello..." kata ibu.

"Hello, Assalamua'laikum, bu....." jawabku ringkas.
"Selamat Hari Ibu ye bu....." sambungku lagi, penuh semangat.

"Siapa ni, Jan ye...?" balas ibu ceria.
.....sunyi sedetik....

Ku  membiarkan masa berlalu sedetik, dalam hatiku, berkata-kata....apakah ingin kuturutkan rasa hatiku atau ku lurutkan dengan kesabaran.... Sejak akhir-akhir ini, begitu terasa sungguh belaian kasih sayangNya dengan memberikan pengertian yang sebenar untukke mempelajari nilai kesabaran....di lewat usia ku ini...
"Kalau ibu rasa Jan, Jan lah ni..." jawabku umpama anak kecil merajuk...

"Eh, ibu tanya...ni Jan ke, Lina ke...?" tangkas jawab ibu memujuk.
Terasa ingin sahaja aku memutuskan talian telefon....tapi, syukurlah dapat aku kawal daripada itu berlaku. Aku kuatkan hati ini, bisikkan di hati ini...supaya memaafkan sahaja ibu itu...Sudah-sudahlah dengan perangai-perangai lama yang mungkin lebih banyak menyusahkan ibu..

Lantas kujawab, " Ini Lina lah......"
"Owh, Lina.... Ha, mata kau macam mana? Dah kurang merahnya?" tanya ibu mengubah topik.

"Ada lah kurang sikit," jawabku ringkas. Selepas tu, kami terus rancak berbual panjang, tanpa mengingatkan tentang apa yang di awal perbualan tadi. Syukur juga, aku terus dapat melupakan akan terasa kecil hatiku itu sebentar tadi. Begitulah hati ini, sering aje terasa, bila-bila ibu seolah-olah lebih mengingatkan Jan berbanding diriku. Menurut ibu, suara kami hampir sama. Aku mulanya memang sukar untuk menerima. Hatiku sering juga tertanya-tanya, apakah Jan jarang menghubungi ibu....Wallahua'lam..

Apa pun ceritanya, di hari ini, kubingkiskan istimewa buat seorang insan paling istimewa dalam hidupku, ibuku tersayang, Puan Hajjah Norhayah bt Basir...SELAMAT HARI IBU, semoga hidupmu lebih diberkatiNya dan diberikan kesihatan yang lebih baik olehNya, insya Allah...
Kenangan Syawal yang lalu

Rabu, 4 Mei 2011

Syukur padaMu, Ya Allah...

Kebesaran Illahi sungguh terserlah pabila kita melihatkan pembesaran anak-anak....terutamanya semasa tidurnya mereka tu.... Dengan serta merta, terimbau zaman bayinya mereka, betapa agungnya kuasa Illahi..kini telah besar anak-anak ini....

Semasa lenanya, anak-anak ini, tidak sedar jika diulit mereka...terkenang sekali lagi, semasa kecilnya, begitu sukar ada antara mereka itu untuk dilenakan.....

Syukur ke hadrat Mu Ya Allah, atas segala kurniaan yang tidak ternilai harganya ini. Semoga mereka kan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Semoga ujian kesakitan ini membei pengajaran dan pengertian sebenar erti syukur ke hadrat Mu, Illlahi Rabbi....

Keletihan......terlena sebaik sahaja tiba dari sekolah agama.


Bukan posing ni...tapi penangan sakit mata...dah seminggu tak ke sekolah.

Ahad, 1 Mei 2011

Cuti 3 hari....buat apa?


Apa saja yang diisi cuti kita ini....
Bila dapat cuti agak panjang
Semua suka,
Macam-macam yang dirancang...

Tapi,
Bila dah tiba waktunya...
Entah apa-apa yang dibuatnya...
Mmmm....kadang-kadang,
Memang kita senang lupa dan terleka....

Anak-anakku,
Sama-samalah kita manfaatkan
Cuti kita.....
Jom!

Makan...makan...makan.....




Makan angin....jalan-jalan....

Gaming...sampai juling!

Impian dan harapan.....

Related Posts with Thumbnails