Anda Dihargai....

Jumaat, 12 Ogos 2011

Ramadhan ke 13....

Telah 12 hari selamat kita semua menjalani ibadah berpuasa pada Ramadhan kali ini, alhamdulillah.... Fasa pertama; 10 Ramadhan yang pertama telah pun berlalu....apakah rahmat yang diharap telah kita perolehi? Sekejap sahaja rasanya....dengan pelbagai kisah duka lagi menginsafkan.... Pemergian ayah kepada 3 orang anak murid dalam tempoh seminggu kita berpuasa benar-benar menginsafkan, bahawa nyawa hanyalah pinjaman Allah semata-mata. Pada bila-bila masa sahaja Dia berhak untuk menjemput kita. Sekembali dari sekolah tadi, ku melihat begitu ramai orang di tanah perkuburan sebelah stesen minyak Caltex berhampiran Bukit Katil. Istighfar sejenak aku dibuatnya...bersyukur atas nikmat kehidupan yang terus Allah berikan buat diri ini.. Apabila bercerita kepada anak keduaku, Baihaqi..katanya, mungkin itu nenek kepada kawannya, Irfan, yang memang dimaklumkan di sekolah beliau kematian neneknya. Innalillahi wainnalillahi rajiun.... Semoga roh semua yang kukenali ini yang telah pergi mengadapNya, mendapat seribu rahmat dengan kembalinya mereka di bulan yang mulia ini, insya Allah.....



Kini, kita berada dalam fasa kedua, 10 Ramadhan yang kedua... fasa keampunan.. Teruslah berdoa, memohon keampunan, bermunajat agar diampun segala dosa.... Amalan yang rutin dilakukan, biarlah berkekalan, malah moga bertambah lagi amalan itu, contohnya bersedekah...semoga dengan sekelumit amalan itu, akan dapat terus menjadi nadi permohonan kepada Al-Khaliq untuk diampunkan dosa-dosa kita...

Fasa ketiga nanti iaitu dibebaskan dari api neraka pada 10 Ramadhan yang terakhir.....moga disampaikan akan umur kita semua untuk menemuinya, insya Allah....

Di dalam satu hadis menyebut :

شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka.
 
Di akhir catatan ini, suatu lagi berita kematian kumaklumi dari facebook bekas murid. http://www.myhilmi.com/2011/08/12/remaja-ke-surau-maut/ Kematian di sekeliling kita, semoga ianya menjadi peringatan yang terbaik untuk kita semua yang masih hidup ini...



Rabu, 3 Ogos 2011

Pengalaman berpuasa di tempat orang....

Tahun 1432 Hijrah ini, diberi kesempatan dan peluang untuk merasa berpuasa di tempat orang. Seawal 2 Ramadhan, telah terpaksa berjauhan dengan keluarga, permata hatiku...demi melaksanakan tugas dan amanah. Semoga anak-anak ibu tabah menghadapi awal Ramadhan kali ini, dengan keadaan ibu berjauhan. Insya Allah, tidak lama, esok lusa, kembalilah ibu...

Di tempat orang, mengelola puasa bersendirian, sangat jauh bezanya... dalam hati, sentiasa teringat pada insan-insan tersayang yang ditinggalkan. Semoga Allah memberi segala kemudahan kepada suamiku untuk mengurus anak-anak dan semuanya bersendirian...insya Allah...

Ada sedikit halwa mata untuk tatapan anak-anak ibu....














Berdoalah kepadaNya agar Madrasah Ramadhan kali ini benar-benar bererti buat kita...agar menjadi hambaNya yang lebih rindu kepada Tuhannya, menjadi pengikut Nabi Muhammad yang mengikut sunnah-sunnahNya, menjadi insan yang sentiasa merindui kebaikan, membenci keburukan dan kejahatan... Ya Allah, permudahkanlah segala keazaman kami dan tunaikanlah keinginan syahdu hati naluri kami ini....

Related Posts with Thumbnails