Anda Dihargai....

Sabtu, 8 Oktober 2011

3 (cerita) dalam 1 (hari)

Lama sungguh tidak ku berbicara di sini... Akibat kesibukan dan kekangan masa akhir-akhir tahun ini... 

Pagi tadi, selepas menjemur pakaian, dalam pada aku membersihkan rumput-rampai di kawasan belakang, baru ku perasan daun kunyitku dah hidup... Aku pun dah terlupa, dek terlalu lama kucuba menanam...rasanya sebulan lebih yang lalu... Alhamdulillah, detik hatiku...bolehlah kutunaikan hajat si tembamku, Ziad nak lauk kuah pindang katanya hari ini....

Pokok Kunyitku
Namun....

Dalam pukul 2, suamiku mengajakke kenduri....baru kuteringat, ada jemputan...semalam telah pun diberitahunya... Katanya, yang berwalimah hari ini adalah cikgu kepada Asma' dan Ziad semasa bersekolah di PASTI Al-Furqan dulu...iaitu cikgu Ima... 





Kenangan silam


Maka, apa lagi, semua pun bersegeralah untuk keluar, lebih-lebih lagi Asma'....sangat-sangat tak sabar dia...teruja sungguh, lantas terus mencari sesuatu untuk dijadikan hadiah buat cikgu Ima nya tu.... 

Setibanya ke majlis, Asma' begitu tak sabar sekali nak berjumpa cikgu Ima nya....tapi, dapat disabarkan oleh ayahnya, maka makanlah dahulu kami semua..... Dalam pada sedang menikmati nasi minyak, pengantin keluar untuk bersantap juga.... Asma' terus mencuci tangan nak menyampaikan hadiahnya tadi...tak sabar sungguh dia... Usai menjamu selera, kumenemani si pemuda pemalu, Usamah Ziad untuk berjumpa cikgu Ima... Tapi, yang nak berposing dengan pengantin, siapa lagi kalau bukan Asma' Dalili comel tu....

Kenangan Asma' dan cikgu Ima(PASTI Al Furqan)
Ada pernah tengok orang ambil gambar belakang pengantin?

Selesai di majlis cikgu Ima, perjalanan hari ini diteruskan ke kedai buku Muhammad Salleh dan Tesco, mencari kasut sekolah Asma' dan buku yang dicari along Muzakkir... Hampa Muzakkir apabila buku yang diingininya tidak kejumpaan....

Inilah bukunya....
Di kedai BATA di Tesco, Asma' dapatlah sepasang kasut baru.....di hujung-hujung tahun begini, dapat kasut baru... Nampak sangat kualiti kasut zaman sekarang tak berapa bagus. Tak macam dulu, sepasang kasut tu, tahan bertahun-tahun.....

Asmaa' dengan kasut barunya.....
Maka, akhirnya kami pun beransur pulang... Alhamdulillah, tak berapa banyak kenderaan di jalanan. Singkat pula rasanya perjalanan hari ini...dah nak balik dah... Dalam menunggu lampu isyarat merah, aku terpandang sesuatu di suatu sudat di tepi jalanan.... Perasaan jadi bercampur baur, antara kasihan, marah dan simpati serta syukur....

Merenung nasib
Bukan kupinta jadi begini
Apalah nak jadi.......?
Semoga nasib kita tak seburuk apa yang kulihat, bersyukur dengan nikmat yang ada di sekeliling kita. Andai diberi ujian silih berganti, anggaplah itu sebagai kasih sayang sejati dari Allah, atau mungkin juga penghapus dosa atau mungkin juga sebagai langkah peningkatan dariNya....

Memupuk semula sifat membaca - Majalah baru Gen Q
Perjalanan hidup ini perlu diteruskan, selagi jasad dikandung nyawa, semoga setiap isipadu oksigen yang kita hirup dipenuhi dengan rentetan mehnah kehidupan kian mencabar ini; kita harungi penuh tabah dan sabar serta sebagai memenuhi tuntutan janji dan taat setia kita sebagai hambaNya dan juga khalifah penyampai risalah ad-deen yang suci ini - penyambung warisan anbia, Nabi kesayangan kita Muhammad s.a.w, insya Allah....

Salam Perjuangan.....

Malam dingin ini diteruskan kisahnya dengan memimpin Asmaa' yang baru naik Quran, Alhamdulillah....semoga terang hatinya dikurniakan Allah....


Surah Al-Baqarah, muka surat 3
Ziad yang ambil gambar ni
Asma' pun nak ambil gambar jugak....

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails