Anda Dihargai....

Ahad, 24 Oktober 2010

Memori-memori itu.....

Bersama Muzaimah; setelah tidak berjumpa selepas 1989.....

Anak buah kedua; Afnan Khadijah......

Bersama Sara Zulaikha yang tembam!

 Antara kenangan terindah Syawal lalu, bersama Aisyah Wahid dan ibunya.    
  


Hari terakhir sebelum cuti Raya yang lalu, bersama Syhikin dan Syakira Farha, mereka sepupu rupanya!
          As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah menyifatkan, “Ukhuwwah ialah ikatan hati dan jiwa yang diasaskan oleh aqidah. Di mana aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ia juga merupakan natijah keimanan, manakala perpecahan adalah sebahagian dari kekufuran.”

          Oleh yang demikian, setiap kita sebagai daie perlulah memahami bahawa perpaduan dan kesatuan merupakan suatu kekuatan. Kesatuan tidak akan lahir tanpa kasih sayang. Darjat kasih sayang yang paling rendah ialah seseorang itu merasa senang dan tenteram terhadap saudaranya. Manakala darjat yang paling tinggi ialah seseorang itu mampu mengutamakan saudaranya melebihi dirinya sendiri.

          Sifat ini juga disebut “ithar”. Mengikut kata Abdullah Nasih Ulwan, ukhuwwah Islamiyyah (persaudaraan Islam) merupakan anugerah suci dari Allah SWT dan merupakan sebagai suluhan Rabbaniah dan nikmat Ilahiyyah.

Firman Allah yang bermaksud:
Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin dan menyatukan hati-hati mereka. Sekiranya kamu belanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukannya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(Surah Al-Anfal: 62-63).

Dalam ayat yang lain Allah SWT menjelaskan bahawa tiada persahabatan tanpa taqwa. Maksudnya:
Teman-teman rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa. (Al-Zukhruf: 67)

Bagi mereka yang menghayati konsep ukhuwwah Islamiyyah di dalam kehidupan, mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda;
Tiga macam orang yang mendapat kemanisan iman; iaitu orang yang mengasihi Allah dan Rasul-Nya melebihi rasa kasihnya kepada yang lain, yang mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah dan yang membenci kepada kekufuran setelah ia diselamatkan dari kekufuran sama seperti dia benci untuk melompat ke dalam api.”

Inilah ukhuwwah paling abadi bagi seorang yang bergelar isteri.....

1 ulasan:

Khadijah Ath-Thahirah berkata...

Assalamu'alaikuM~
Sy xd gamba ng cikgu pn? Sobs~
-Dija

Related Posts with Thumbnails