Anda Dihargai....

Sabtu, 24 November 2012

Dakwah jemari

Assalamua'laikum,

Setelah sekian lama kubiarkan sesawang memenuhi ruang ini... Tercuit hati hari ini untuk membaris kata, setelah menyepi sekian lama....

Sesungguhnya, masa yang ada memang tidak cukup-cukup untuk kita menyelesaikan segala kerja yang ada... Pesan Nabi tercinta, ingatlah 5 sebelum datang 5...salah satunya ialah masa lapang sebelum sempit..

Dek sebab itu jugalah, hari ini aku meneruskan kembali kembara dakwah jemariku ini...biarpun sedikit, walaupun sejenak...inilah ingatan buat hati yang mudah lupa...

....sebagai perkongsian, blog ini  berjaya mencuit hati ini untuk terus menulis, walau sesibuk mana....

...terus menulis sebagai usaha dakwah....

Semoga kita semua kan terus menarikan dakwah jemari ini sehingga ke penghujung nyawa.....

Khamis, 27 September 2012

Bila doa termakbul...?


Apabila doa dipohon, 

sebenarnya....

Atas urusan Allah lah untukNya 

mengkabulkannya segera, kemudian atau lambat 

Khamis, 12 Julai 2012

Islam ada pesanannya....



Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

... "Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua......


catatan dari : Dr Zahazan Mohamed

Ahad, 17 Jun 2012

Kasih Ibu Bapa

Bersyukurlah andai mereka masih kita punyai....
Tabahkan hati andai mereka telah pergi...
Sesungguhnya, tanpa mereka, tiadalah kita di dunia ini.....
Hargailah mereka, hormatilah mereka, maafkanlah mereka...andai ada yang membuat kita terasa.
Sesungguhnya, Allah jualah yang lebih mengetahui dengan mengurniakan insan-insan mulia seperti mereka buat kita semua....

Rabu, 6 Jun 2012

Dulu biasa Mei, kali ini Jun....

Cuti sekolah kali ini dalam bulan Jun.... Mei yang lalu diakhiri dengan sambutan Ulangtahun puteri tunggalku, Asmaa' Dalili yang ke 8....

Purple Cake!

Dengan Hud, Dijah dan Kiya

Amin...ramai kali ni yang mengaminkan doa...

Besar dah Asmaa'...8 tahun!

Bibik yang membantu...

Awal Jun adalah sesi bercuti di kampung.... Setelah 3 hari di sini, dah 2 petang hujan aje.... Kesian lah budak-budak, tak dapat nak mandi pantai... Tapi mereka 'balas' setiap pagi untuk bermandi pantai... Semalam petang, syukur dapat berjumpa bekas murid, Maesarah Arwani, kini bertugas sebagai doktor gigi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, K.Terengganu. Ditemani anak sulongku, kami makan keropok leko di pantai Kelulut....


Dengan Maesarah di tepi Pantai Kelulut
Musim cuti sekolah kali ini akan diakhiri di kampung, bermandi pantai dan mencari remis / lokan....

5 ekor kuda laut yang terjerat di jaring pukat suami kak Yah

Sabtu, 28 April 2012

Mereka inspirasi selamanya.....

Rajin sungguh ibu bapaku mengisi masa lapang hujung minggunya berkebun di tanah yang sememangnya menjanjikan keseronokan apabila kita berjasa kepadanya....

"Hello, assalamua'laikum...... Kau kat mana tu?" bunyi suara apabila kuterima panggilan tadi.

"Ada kat rumah ni ha.... Ibu kat mana?" tanyaku ringkas.

"Apa lagi - hujung minggu begini, kat kebun lah.... Ni nak minum ha, kau dah minum..?" balas ibu kembali.

"Dah, baru sudah basuh pinggan..." aku mengakhiri pertanyaan ibu...

Insya Allah, jika berkesempatan, memang kami akan berkunjung ke kebun - meramaikan... Menolongnya sikit-sikit ajelah, buat sibuk je banyak...apatah lagi anak2 yang memang suka betul jika kata nak ke kebun nenenk atuknya...





Sabtu, 24 Mac 2012

Suka Duka Kehidupan ini...

Adat lah jika kejayaan disulami dengan kegembiraan. Sudah menjadi lumrah dan fitrah, apabila berjaya kita akan gembira. Syukurlah ke hadrat Illahi, kerana tahun 2011 melakar sejarah dalam kisahku seorang guru, apabila dapat melahirkan puteri sulong dengan pangkat A+, buat julung-julung kalinya. Tahniah dan syabas buat Nor Afiqah Zulkifli, semoga kejayaan ini akan menjadi contoh teladan yang baik buat adik-adik yang lain...

Belum pun puas meraikan kegembiraan itu, nikmat kehidupan ini bagai dicuit tanda peringatan oleh Al-Khaliq apabila berita keadaan tenat ibu saudarku yang hidupnya hanya bersama dua orang cucunya, tiada lagi anak-anak di sisi... Sakit yang dideritainya hanya seketika, lebih kurang 3 hari, dan apabila panggilan dari abahku yang menyatakan arwah telah pergi meninggalkan semua membuatkan hati kecil ini bagai dibisik kesedaran dan rasa syukur yang teramat...kerana masih terus diberi nikmat sebuah kehidupan... Pemergian ibu saudaraku ini pada malam Jumaat, pengurusan jenazahnya sehinggalah kepada pengkebumiannya - semuanya pada hari mulia, penghulu segala hari - Jumaat. Ya Allah, semoga Kau ampunkanlah dosa-dosa ibu saudaraku ini dan semoga Allayarham tergolong bersama mereka yang diredhai dan bersama ahli-ahli syurga...insya Allah....

Beberapa peringatan Allah tentang perkara kematian di dalam Al-Quran :

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya.” (Yunus:49)


 Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian. Ini jelas dalam al-Quran, maksudnya: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya." (Yunus:49)

  1. Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bemaksud "Sesiapa yang akhir kalimatnya 'Laikahaillah' nescaya masuk syurga' ".
  2. Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi".
  3. Mati di malam jumaat atau harinya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tiada seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur".
  4. Mati syahid di medan perang menegakkan agama Allah.
  5. Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.
  6. Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit-birit.
  7. Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas.
  8. Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa.
  9. Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam.
  10. Mati kerana beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya.

Sabtu, 17 Mac 2012

Anak-anak amanah Allah

Foto Syawal tahun lalu

Anak-anak permata bahagia.... Mengorak langkah usia yang semakin bertambah, anak-anak yang semakin membesar, membuatkan diri ini merenung ke dalam diri betapa banyaknya nikmat yang telah Allah kurniakan dengan segala anugerah pada anak-anak yang dikurniakan dengan pelbagai macam kelebihan, walaupun kekadang ianya merupakan karenah yang sememangnya menduga kesabaran dan kesungguhan hati seorang ibu..... 

Asmaa' Dalili : keletahnya percakapannya - Masya Allah....bersesuaianlah dengan namanya.... Agaknya masa dia dalam kandunganku, mungkin aku memang banyak bercakap...sebab itulah agaknya dia sangat banyak dan pandai bercakap... Ingat ya nak, semoga kata-kata kita itu semuanya yang baik-baik belaka dan menjadi buah-buah kebajikan di dunia ini, insya Allah.

Merah pun boleh lah, gantikan pink!



Muhammad Usamah Ziad nama diberi....nama yang terpanjang dalam keluarga ini.... Harap-harapnya nanti tidak menjadi beban buatnya untuk memikul tanggungjawab bersama sebagai pejuang agama di kala besar nanti.... Seperti kata ayahnya, sempena Sirah Nabi, siapakah dia  Usamah Zaid yang begitu besar jasanya untuk Islam dan menjadi kesayangan Nabi s.a.w.... 

Nak jadi Mat Rempit ke ni...?


Nama diberi Ahmad Baihaqi, sempena mengambil berkat salah seorang perawi Hadith sahih, Imam Baihaqi. Kalau diikutkan, kemahiran tangannya memang mendahului abang adiknya yang lain. Sering aje kita akan temui 'hasil kraftangan' nya yang bermacam-macam jenis dan aspek... Semoga semua kelebihan itu akan dimanfaatkan untuk kemajuan ad-deen kita yang suci ini, insya Allah....



Kreativiti Baihaqi dalam Tower Up Game
Abang Long - Abdullah Muzakkir nama diberi, yang bermaksud "Hamba Allah yang sentiasa memberi peringatan" - seiring dengan penderitaan yang ditanggungnya semenjak dilahirkan ke dunia ini. Dengan segala keperitan seawal usia selepas dilahirkan hinggalah ke usianya 77 hari, dengan gejala Chronic Lung Disease yang dikhabarkan oleh pihak Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, Muzakkir membesar agak lambat di masa awal kanak-kanaknya... Namun setelah keimunan dirinya terbina, Alhamdulillah - syukurku padaMu, Ya Allah, semoga beliau kan menjadi contoh teladan yang baik untuk semua adik-adiknya...


Umpama anak MERDEKA!


Syukurilah dengan zuriat yang dikurniakan dan janganlah hendaknya kita mensia-siakan mereka kerana anak-anak adalah amanah Allah yang akan dipersoalkan semula nanti di hari perhitungan. Berdoalah selalu untuk mereka agar dapat menjadikan kehidupan mereka nanti di kala ketiadaan kita di dunia ini sebaik-baik kehidupan dan semoga mereka dapat mendoakan untuk kita, Insya Allah....

Ahad, 26 Februari 2012

Mendidik Jiwa

Kekadang itu, hati ini mudah benar jadi terasa... Tiada angin apatah lagi taufan melanda, namun sekilas ia datang dalam ingatan, umpama gangguan...mengikis rasa keyakinan yang dibina selama ini. Bak kata Ustaz Pahrol dalam Mukmin Profesional, rasa sebegitu, akan sering datang, kenalah setiap kali ia datang, kita lawan ia dengan Istighfar dan kembali pada Allah...kerana ujian dan musibah yang Allah kurniakan itu, diperuntukkan buat hamba-hambaNya yang disayangi....


Selaku teman karib kaum Hawa, sekali lagi kolam mata berkaca biarpun beribu kali berjanji pada diri; tiada lagi rasa sedih atau air mata untuk meratapi sebuah ketentuan takdir yang tersurat. Biarlah hati menerima dengan rsa penuh lapang dan pasrah atas segalanya.......sudah pasti inilah yang terbaik untukku....bukankah Allah Maha Mengetahui apa yang ingin diberikan buat hambaNya...



Pahit yang dirasai mungkin menjanjikan suatu yang amat manis di suatu hari nanti....belajarlah menjadi orang yang lebih sabar dengan musibah dan ujian.... Tenang dalam menghadapi segala ketentuan dalam pada masa yang sama mengatur langkah untuk bersedia....

Jumaat, 3 Februari 2012

Kirimkan salawat ini di kerinduan itu....Ya Rasulullah...

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran,

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukulisterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang  kelaparan di Akhirat kelak."


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur." 


Rasulullah s. a. w. bersabda,
"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."

Rabu, 25 Januari 2012

Kenangan itu..... =)

Cuti hujung tahun lalu, pastinya banyak kenangan mengusik minda masing-masing. Seperti biasa, sebelum si ibu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan, hujung tahun lalu kami penuhi dengan makan angin ke Shah Alam.... Mungkin nampak biasa, ye lah dekat sahaja, tak sejauh yang sebelum-sebelum ini... Namun, kenangan itu cukup meninggalkan kenangan manis buat kami, khususnya anak-anak yang tersayang....

Di awal perjalanan kami ke Masjid Shah Alam....

 









Kemudian, kami ke sebuah perpustakaan di negeri Selangor, perpustakaan ini dibangunkan oleh Kerajaan Negeri, iaitu semenjak di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri yang baru. Memang sangat canggih perpustakaan ini...

Cantik je nama perpustaakn negeri Selangor ni..... 
Pandangan dari tepat parkir
Pandangan dari tempat makan
Tempat makan
Tempat makan unik
Cantik kan...?
Tempat Parkir - pandangan dari pintu keluar perpustakaan
Selepas itu, tempat menginap menjadi masalah apabila hampir kesemua hotel yang kami hubungi penuh. Akhirnya, salah seorang kakitangan pihak perpustakaan mencadangkan INTEKMA Shah Alam, tidak jauh dari pusat bandar Shah Alam.

Intekma Shah Alam
Hiasan dalaman Intekma
Posing dengan Asmaa'
Anak-anak air.....selepas lencun bermain air!
Payah nak suruh dok diam ambil gambar ni.


Kelakar pun ada!
Aksi menarik 1 - Merangkak kaki ke atas
Aksi menarik 2 - Teknik mengapung diri
Feel good!
Mana kaki Asmaa'???
Along?!

Senja di Intekma sungguh cantik...mendamaikan.....




Laluan ke bilik penginapan
Apabila senja berlabuh, usai solat Maghrib dijamakkan dengan Isya', kami meneruskan kembara cuti hujung tahun lalu dengan menuju ke tempat yang dijanjikan i-City Shah Alam.... Huh! Memang seronok....









Beberapa keping gambar yang sempat dirakam, sebelum kamera pun turut "membeku".... :











Related Posts with Thumbnails