Hampir terlupa aku tengahari tadi, syukur ibu mengingatkan dalam mesejnya..."Asma' & Ziad dah diambil dari sekolah?"...
Aku bergegas ke sekolah mereka, walaupun dalam masa yang sama, teringat dalam kepala ini, jam 2.30 perlu berada di sekolah semula...
Ibu, abah dan Nitik ke Perak sekali lagi...nak jenguk anak-anak buahku di sana....rindu barangkali, yelah hati orang tua.... Orang yang di Perak jarang-jarang sudah balik ke Melaka... Sibuk mungkin... Biarlah, apa yang nak dicemburukan....
Bukankah kalau hendak, setiap hari pun orang Melaka ni boleh berjumpa bersua dengan orang tua yang masih ada. Cuma samada hendak atau tidak sahaja. Bersabarlah duhai jiwa....usah diikutkan bisikan-bisikan yang merosakkan kesucian hatimu sebagai dia yang mungkin kan terus beralah. Ingat pesanan sahabatmu dahulu; orang yang beralah itu bukanlah semestinya dia kalah... Perkuatkan semula jiwamu, yakinkan peganganmu, setiap apa yang tersurat ini pasti seribu satu hikmahnya yang tersembunyi.... Ingatlah selalu.....SABAR dan YAKIN.....
seberapa besar onak & duri melanda dirimu, bersabarlah duhai hati; jangan terus mengalah hingga tersungkur ke tanah. Yakinkan dirimu, kuatkan imanmu, kebalkan kepercayaanmu agar ia bisa menjadi nadi untukmu terus berjuang di bumi Allah ini sebagai khalifahNya...
Sabtu, 31 Julai 2010
Jumaat, 30 Julai 2010
Mata ini dan esok hari....
Sukar mata ini nak menghilang lelah siang tadi...walaupun semalamnya, amat mudah untuk ku beristirehat bagaikan sang raja. Tapi, malam ini...nikmat itu ditarik seketika olehNya, apa agaknya yang masih terus berlegar di fikiran dan sanubariku ini...aduh mata, bukankah esok, kau masih diperlukan bersama-sama sang telinga dan lidah bijak berbicara...untuk suatu lagi tugas dan amanah yang telah kau sendiri janjikan...?
Esok kan bakal muncul jua untuk kau terus buktikan bahawa dunia ini masih akan ada terus suara-suara pemberi peringatan, bisikan-bisikan tazkirah dan alunan pujukan keinsafan buat hati-hati yang masih lupa dan alpa dek keseronokan dan tipudaya dunia itu.... Mereka adalah medanmu, untuk kau terus dalam jalan perjuanganmu ini...bukankah dahulu kau juga yang sedari bahawa inilah satu-satunya pekerjaan yang tidak akan pernah kehilangan 'pelanggan'nya..... Kau ibarat seperti pekerja yang tak kan pernah ingat untuk merasa jemu atau lelah, meneruskan usaha selagi mampu kakimu melangkah....
Kuatlah jiwa, rehatlah duhai mata....pejamlah barang seketika agar esok kan lebih bertenaga....
Ya Tuhan, bantulah hamba dari segenap pelusuk cahaya yang menyinar di esok hari.
Semoga misi yang dirancang esok kan berjalan lancar bersama kiriman pertolongan dariMu yang sentiasa mengasihi hamba-hambaNya yang mengharapkan bantuan dariMu....dalam usaha menegakkan kebanaran di muka bumi ini...

Ahad, 25 Julai 2010
Ikhlaslah duhai hati.....
Sebolehnya setiap orang pasti akan ingin memperbaiki dirinya, dari hari ke hari, dari masa ke semasa... Kelelahan dan kesuntukan detik yang sedia ada, bagai sering mencemburui sekeping hati untuk memperbaiki diri seperti mana yang telah dijanjikan setiap kali dalam doa yang sering dilafazkan...
Sering juga, azam yang ditanam di awal usaha bagaikan terkapai-kapai ditiup sang bayu yang datang menderu di kala usaha dan apa yang dikerjakan dengan masa dan detik yang berbaki itu.... Sehinggalah ke suatu noktah, ada bisik dari kamar hati itu.... "Uhhh, penat sudah hari ini...."...bagai ingin berehat sahaja, abaikan sahaja apa-apa yang berbaki tidak selesai lagi....
Namun, digagahkan juga...sehingga sedapat mungkin menyelesaikan segala yang boleh disempurnakan dalam julat waktu yang hanya muncul setiap hujung minggu ini... Walau bagaimana pun, sang hati sering tidak berpuas hati dengan pencapaiannya setiap hujung minggu itu.... Mesti akan ada kepincangannya di mana-mana...sedapat mungkin pun diusahakan, namun kekadang pasti kan terserlah kekurangannya....

Duhai hati,
Ikhlaskanlah hatimu seikhlas-ikhlasnya.....
Lapangkanlah dadamu, dalam masa memberi kebaikan kepada yang lainnya....
Jangan diungkit,
Usah diperkata...
Bisik saja kepadaNya, biar Dia sahaja tempat untuk segalanya...
Bukankah telah kau fahami akan apa yang perlu ditunaikan...
Kau juga yang berjanji untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam yang telah ditinggalkan...
Dan kau sering berazam tanpa jemu
Untuk menjadikan hari esokmu lebih baik dari hari ini yang dilalui....
Janganlah kau putus asa....
Masa itu kan pasti datang lagi...
Teruslah berazam dan laksanakan usahamu
Tanpa jemu dan putus asa...
Pasti nanti di sana,
Akan ada jawapan untukmu,
Andai segalanya ini diikhlaskan semata-mata
KeranaNYA....
Ameen...
Sabtu, 24 Julai 2010
Bersediakah kita untuk kitab amal yang baru...?
Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata:
“Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari].
Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – penat)”.
Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).
Sama-samalah kita semua ambil iktibar atas peribadi mulia Nabi s.a.w kesayangan umat ini. Selamat datang Ramadhan...kira-kira 15 hari lagi kedatangannya. Semoga Sya'aban yang berbaki ini akan lebih bermakna bagi kita. Ayuhlah bersama, kita 'berlatih' untuk kedatangan Ramadhan nanti....
Doa nanti malam, selepas Maghrib...sebaiknya selepas bacaan Yassin(sedapatnya 3 kali) :
“Ya Allah, sekiranya namaku berada dalam senarai orang-orang yang masuk Syurga maka kekalkanlah. Dan jikalau nama aku berada di dalam senarai orang-orang yang masuk Neraka maka pindahkanlah nama aku itu ke dalam senarai orang-orang yang ahli Syurga. Dengan berkat malam Nisfu Syaaban dan berkat kekasihMu nabi Muhammad s.a.w.” ameen.
Labels:
Doa dan Harapan,
Tazkirah
Jumaat, 23 Julai 2010
Andai Ku Tahu.....
Andai kutahu kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai kutahu kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan jgn kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa2ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai kutahu kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan jgn kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa2ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Andaiku tahu malaikat Mu kan menjemput ku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Aku takut akan semua dosa2 ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa2 ku
Ampuni aku mennagis ku bertaubat pada Mu
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Aku takut akan semua dosa2 ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa2 ku
Ampuni aku mennagis ku bertaubat pada Mu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga
Andai ku tahu kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga
Andai ku tahu kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Aku takut akan semua dosa2 ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa2ku
Ampuni aku menangisku bertaubat pada Mu
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa2ku
Ampuni aku menangisku bertaubat pada Mu
haa haa haa
Sabtu, 17 Julai 2010
Sabtu, 10 Julai 2010
Perkenankanlah keinginan hati kecil ini....
Bacalah dengan nama TuhanMu....
Ya Allah, biarlah dengan apa yang dibaca ini,
kan terus kekal abadi dalam sanubari...
amal menjadi tunjang tawadhu' padaMu,
pimpinlah terus hati ini...
agar tidak jauh
terpinggir
dan
sepi....
Tuhan Sekalian Alam,
hanya kasih dan cintaMu
kami dambakan.....
Perkenankanlah, akan keinginan hati kecil ini...
untuk menjadi tetamuMu di sana...
suatu ketika nanti...
Amin....
Kami bangga dengan kalian....
Tersentuh seketika, apabila diri ini turut tersenarai dalam barisan Mentor untuk mentee PERMATA As Sharifah 2010..sememangnya, sifat ingin mengenali manusia itu membuatkan diriku(walaupun seorang guru disiplin) amat meminati usaha-usaha murni ke arah pembentukan manusia yang lebih berjaya dan bererti di masa akan datang.
Buat para mentee, Tahniah...sekalung penghargaan buat kalian semua. Usah disia-siakan pengharapan yang telah diberikan kepada kalian semua. Letakkanlah keyakinan yang sesungguhnya untuk memantapkan usaha gigih yang dilakukan, di samping tawakkal kepadaNya. Doa sentiasa mengiringi jerit perih kalian untuk menggarap kejayaan cemerlang sebagai Muslim yang berjaya disulami dengan jiwa Mukmin sejati. Insya Allah....

Khamis, 8 Julai 2010
Tips Memotong Kuku...
BAHAYA KUKU PANJANG.
1. Orang Islam tidak sesuai berkuku panjang, dikhuatiri tidak sah apabila bersuci.
2. Berkuku panjang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi bodoh.
3. Anak-anak sukar dididik dan mempunyai masalah pembelajaran.
4. Bukan budaya orang melayu yang beragama Islam.
5. Mendatangkan dosa dan penyakit kerana najis yang melekat pada kuku.
6. Boleh mendatangkan penyakit kerana kuku mempunyai kuman yang tidak boleh dibasuh dengan sabun kecuali dipotong.
7. Jangan menggigit kuku yang panjang kerana ia boleh mendapat penyakit KUSTA.
PILIHLAH HARI MEMOTONG KUKU YANG SESUAI :
AHAD : Mewarisi kemiskinan.
ISNIN : Dikurniakan kesihatan
SELASA : Diberikan penyakit
RABU : Penyakit was-was.
KHAMIS : Sembuh dari penyakit gila.
JUMAAT : Keluar dosa-dosanya & dikurniakan rahmat daripada Allah.
SABTU : Diberikan penyakit

Ahad, 4 Julai 2010
Jujur perlukan Sabar
PENGERTIAN JUJUR :
*Seorang peniaga ikan di pasar menuliskan harga ikan mengikut penetapan yang telah dimakluminya.
*Seorang murid mengira lantas menulis dengan tepat jumlah patah perkataan karangan Bahasa Melayunya.
*Seorang pemandu yang sedang memandu di lebuhraya dengan kelajuan 90km/j, seiring dengan papan tanda di bahu jalan.
Sebaliknya, andai kita berhadapan dengan situasi mereka yang tidak jujur, sudah tentu tidak senang duduk kita dibuatnya.... Sama ada kita akan terpaku/terdiam dengan kebijaksanaannya memutarbelit fakta, atau mungkin juga kalau di depan mata kita, mahu saja kita menempelaknya....
Apakah kita telah memiliki sifat jujur? Apakah yang dimaksudkan dengan bersifat jujur sebenarnya? Beberapa contoh jujur yang dipamerkan dalam situasi beberapa karakter manusia ini :
*Seorang peniaga ikan di pasar menuliskan harga ikan mengikut penetapan yang telah dimakluminya.
*Seorang murid mengira lantas menulis dengan tepat jumlah patah perkataan karangan Bahasa Melayunya.
*Seorang pemandu yang sedang memandu di lebuhraya dengan kelajuan 90km/j, seiring dengan papan tanda di bahu jalan.
Islam mengajar supaya umatnya menjadi orang yang jujur
dalam niat, perkataan dan perbuatan.
Ini boleh dilihat melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
dalam niat, perkataan dan perbuatan.
Ini boleh dilihat melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Wahai orang yang beriman!
Bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hendaklah kamu berada
bersama-sama orang yang benar”.
(Surah al-Taubah (9) : 119)
Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan
tentang sikap jujur di dalam sebuah hadis :
tentang sikap jujur di dalam sebuah hadis :
“Sesungguhnya benar (jujur) itu memimpin
kepada kebaikan dan kebaikan itu memimpin ke syurga,
dan seseorang berlaku benar sehingga tercatat
di sisi Allah seorang siddiq
kepada kebaikan dan kebaikan itu memimpin ke syurga,
dan seseorang berlaku benar sehingga tercatat
di sisi Allah seorang siddiq
(yang sangat jujur dan benar).
Dan dusta memimpin kepada kecurangan,
dan curang itu memimpin ke dalam neraka.
dan curang itu memimpin ke dalam neraka.
Dan seseorang itu berdusta
sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta”.
sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta”.
(Riwayat al-Bukhari )
Maka, siapa pun kita, berlaku jujurlah dalam kehidupan setiap masa. Tidaklah rugi andai kita sentiasa berperwatakan jujur, malah kan memperolehi banyak manfaatnya.
Sebaliknya, andai kita berhadapan dengan situasi mereka yang tidak jujur, sudah tentu tidak senang duduk kita dibuatnya.... Sama ada kita akan terpaku/terdiam dengan kebijaksanaannya memutarbelit fakta, atau mungkin juga kalau di depan mata kita, mahu saja kita menempelaknya....
Untuk berhadapan dengan situasi itu,
kenalah pula kita ada satu sifat lagi,
iaitu
SABAR....
kenalah pula kita ada satu sifat lagi,
iaitu
SABAR....
Sabtu, 3 Julai 2010
Jumaat, 2 Julai 2010
Syukur, alhamdulillah.....
Minggu lalu, ke sekolah Ziad, syukur bila cikgunya beritahu dapat nombor 5, sedangkan di sekolah petangnya, dapat tempat pertama. Masalah lain tiada.... Apabila berjumpa cikgu Faiz, cikgu kepada Asmaa' pulak, pun begitu juga bual bicaranya...''tiada apa yang perlu dikomen, semuanya ok, Asmaa' ni..."
Alhamdulillah....bisik hatiku....
Tadi, cuti hari ini, kuambil kesempatan untuk meraikan ibu tersayang di waktu paginya. Tepat jam 10, ke sekolah Muzakkir dan Baihaqi pula. Kelas along nampak masih kosong, tiada lagi ibu bapa yang beratur, kata along, baru 2 orang yang datang. Maka berbual lah kami dengan Ustazah Sabariah yang menggantikan Ustazah Effa, berkursus Induksi sekarang... Keputusan along kali ni, turun 1 anak tangga...bak kata Ust Syaari, 1 A nya dah hilang... Walaupun mendapat tempat ke3, tapi kedudukan nya untuk menduduki UPSR tahun ni, perlu dipergiatkan lagi...
Setelah selesai di kelas 6 Bakri, kami ke 4 Bakri pulak. Kena tunggu giliran... Semasa bersemuka dengan Cikgu Norhaslita, alhamdulillah, tiada apa yang nak dikomen tentang Baihaqi, kata cikgunya, alhamdulillah, dia dapat tempat pertama...subjek Dinniahnya, semua dapat A...
Syukurku padamu, Ya Allah...
Semoga anak-anak yang diamanahkan ini, kan terus dapat kami bimbing sebaik-baiknya...tidak ditinggalkan kewajipan agama yang asas, begitu juga tanggungjawab menjadi orang yang berilmu... Kirimkanlah kepada kami kekuatan dalam mendidik mereka, kesabaran dengan karenah semua...dan keteguhan hati dalam membimbing mereka sehingga menjdai insan berguna...insya Allah.
Buat anak-anak ibu,
--> Teruskan usaha.
--> Kekalkan kecemerlangan.
--> Lipatgandakan usaha gigih, lebih2 lagi along.. menjelang UPSRmu...
--> Jangan lupa, kirimkan DOA buatNya, agar dipermudahkan segalanya....
Insya ALLAH....
Langgan:
Catatan (Atom)