Anda Dihargai....

Khamis, 25 November 2010

Karya Faisal Tehrani : Tunggu Teduh Dulu


Tunggu Teduh Dulu, hasil karya Faisal Tehrani.Harga dalam Rm29.00 dengan  hampir 700 muka surat. Faisal Tehrani merupakan seorang novelis yang gaya penulisannya selalunya akan diselitkan dengan 'islamica genre'. Pada awal tahun 2008, buku ini aku beli dari Kedai Buku Thai Kuang di Mahkota Parade, dan memeranjatkan diriku sendiri, aku telah dapat menyelesaikan pembacaannya dalam tempoh lebih kurang seminggu sahaja...! Apa istimewanya novel ini...?

Novel ni mengisahkan seorang gadis yang bernama Salsabila Fahim, yang mengusahakan sebuah ladang betik dibantu oleh sahabat nya, Teh Sofia beserta beberapa watak-watak sampingan lain.  Watak lelaki dalam novel ni adalah Kamil, Lam dan Sazli ( hero ) dan ada watak sampingan lain seperti Shahruzzaman serta pekerja-pekerja ladang.

Sebenarnya, cerita dalam novel ni bermula dengan imbauan kisah silam di minda salsabila atau nama poplularnya Sal. Sal, Kamil dan Lam semasa kecilnya adalah rakan sepermainan. Kamil  seorang yang suka bersyair dan Lam pula kuat berfalsafah ( Lam bebangsa Cina, pada awalnya ).
Nak dipendekkan cerita, Sal ada ibu tiri dan seorang adik bernama Shahruzzaman. Ayah ditelah meninggal dunia di Mekah. Sal ni agak pening dengan perangai adik dia yang selalu timbulkan masalah. dan ladang betiknya kena serang penyakit iaitu penyakit nithen.

Berlaku cinta tiga segi ke berapa segi antara Kamil, Lam dan Sazli. Perbuatan Kamil yang selalu mendekati si Sal membuatkan Teh Sofia merajuk lalu melanjutkan pelajarannya ke Australia.

Akhirnya Sal dalam dilemma nak uruskan ladang lagi, nak jaga mak tiri dia yang tenat lagi, nak jaga adik dia yang degil dan nak jaga hati si Lam dan Kamil lagi ( kebetulan Lam dah masuk Islam - tukar nama Saifullah ) Namun, penulis menunjukkan sifat ketabahan pada diri Sal,bagaimana dia dapat menghadapi semua masalah itu. 
 
Faisal Tehrani
 
 
Di akhir kisah ini, Sal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, tapi siapa? Kenalah baca sendiri...anda pasti seronok dengan sentuhan bahasa Faisal Tehrani...


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails