|
Keluarga Makcik Safiah |
Raya ketiga, di rumah ibu, meriah dengan kedatangan Makcik Safiah(Kelang) sekeluarga. Anak-anaknya yang turut berkunjung, abg Razak & co., abg Zakaria & co. dan Musa & co. Meriah dengan budak-budak... Esoknya pula, makcik Leha(JB) datang bersama-sama anak-anaknya, kak Jalila dan kak Nor Faizah serta anak/menantu/besan...ramai juga
Rumah yang dikunjungi pula, hanya bebrapa rumah sahaja. Raya keempat, pagi hari ke rumah makcik Ala di Durian Tunggal, makcik seorang saja di rumah, kedua-dua orang cucunya dah masuk kerja.
|
Posing kat rumah makcik Ala |
Selepas itu,
rushing ke Merlimau, rumah rakan yang menjemput, setelah sekian lama tak bertemu, terakhir rasanya, masa dia kahwin, aku dan abang datang(lebih awal) daripada jemputan lain..pada majlis itu. Tak lupa kami dengan keenakan resepi nasi ayam penyek masakan Enab, dan satu lagi Cheese Tart beliau. Memang sedap lah...!
|
Aku, Enab dan Asmaa' |
|
Cheese Tart buatan Enab...sedap! |
Dalam perjalanan pulang dari rumah Enab, kami sempat berkumjung untuk julung-julung kalinya beraya ke rumah Mak Ngah; '
family tailor' kami... Biasanya datang bawak kain atau amek baju yang dah siap dijahit, tapi kali ini datang beraya... Mak Ngah nampak gembira sangat....Lepas tu, singgah ke rumah Teh Mah, tapi macam tak ada orang je(bertutup pintu rumah dan
grill nya), tapi rupa-rupanya mereka ada...
Yang berkunjung ke rumah pula, tak lah seramai rumah ibu & abah... tetamu sulung kami, Sabariah sekeluarga...dapatlah mereka merasa laksa Terengganu masakan abang.. Memang pandai mereka sekeluarga menjamu selera dengan apa yang dihidangkan...
|
Laksa Terengganu(kuah putih) |
|
Bersama tetamu paling muda Lebaran ini; Ahmad Iyaad(30 hari) |
|
Keluarga kedua yang berkunjung ialah abang Isa; Bkt Piatu sekeluarga... Kemudian, keesokannya tibalah Rombongan Che Kiah(seperti nama album yang digunakan dalam
facebook salah seorang)...bekas murid batch SPM '06, dari kelas 5 Ibn Rusyd. 3 buah kereta, sejumlah 11orang semuanya yang 'menyergah' rumahku petang itu... Apa lagi, juadah paling cepat yang dapat kusediakan untuk mereka, mee goreng lah...
|
Kesebelasan bekas puteri didikanku |
|
Sempat lagi berposing di Wakaf depan rumah |
Sehari penuh(Raya keenam), tiada tetamu...sesuai dengan keadaan perut, kaki yang kurang sihat. Dino sekeluarga memeriahkan semula aura Lebaran pada petang raya ketujuh... Rezeki buat mereka, Nasi Dagang...sekali lagi resepi suamiku.... Sejenak selepas itu, panggilan telefon dari Sufia Ishak bersama 5 orang yang lain hampir-hampir berkunjung ke rumah kuarters di Meltec... Tapi, alhamdulillah, mereka juga dapat tiba beraya di rumah, menjamu selera dengan Nasi Dagang yang ada....pandai juga mereka ni menjamah 'selera Terengganu' ni...
|
X 5 Ibn Khaldun 2006 |
|
Posing lagi..... |
Ada lagi tetamu yang lebih istimewa, malam raya ketujuh.....nantikan, bisikan hatiku ini.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan