Antara yang paling menjadi keseronokan bagi kanak-kanak, ialah bermain bunga api. Tahun ini, nampaknya ada kurang berita seumpama putus jari, pecah telinga dan lain-lain, apabila seawal minggu pertama Ramadhan dahulu, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak, apabila stor tempat menyimpan mercun meletup. Aku pun pelik jugak, sebagai seorang ayah, semestinya, akan diusahakan juga setiap tahun agar agak meriah seminggu malam terakhir dengan bunga api. Walaupun sakit mata menjelang 3 hari nak Raya, dia tetap akan bijak mengambil hati anak-anak....
Si 'teruna' menggigit jari |
Mercun Das; antara yang paling diminati |
Mercun Gasing |
Perjalanan pulang ke kampung semalam benar-benar menguji ketahanan diri ini, apatah lagi anak-anak. Perutku agak kurang enak, mungkin dek kerja keras mengemas rumah, di samping makanan yang tidak seberapa diambil pada sahur. Cuaca di perjalanan agak panas, jam 12.45 tengahari, kami mulakan perjalanan. Singgah sebentar di rumah Niza, untuk ambil pesanan kek lapis Sarawak untuk dibawa balik kampung.
Kek Lapis Asam Manis |
Beberapa kali, abang berhenti untuk melelapkan mata barang seketika. Cuaca panas dan keadaan badan yang masing-masing keletihan benar-benar mencabar. Namun antara yang menyeronokkan kali ini, pelbagai masalah hukum dan alasan kami perbincangkan, apa lagi si ayahnya lah yang jadi Ustaz Kemusykilan Agama.
Iftar alakadar saja |
Sesampai di Kuantan, singgah di rumah Kak Long sebentar. Melihatkan buluh lemang yang telah disediakan oleh Lokman dan ikan keli belaan Za, tunggu masa sahaja untuk disiang dan dipasarkan. Kemudian, abang singgah di Bazar Ramadhan berhampiran untuk membeli makanan sejumlah alakadar dahulu. Di masjid berhampiran, kami bergegas untuk melaksanakan iftar sebagai musafir di jalanan. Rasanya, ini kali pertama pengalaman sebegini..... Juadah yang ada; kuih tepung pelita, kole kacang dan lemang beserta rendang. Tidak ketinggalan air kelapa dan air tebu kegemaran semua.
Bahagian hadapan Masjid Saidina Othman b Affan, Permatang Badak |
Sesi memunggah dan penstrukturan semula barang |
Sempat anak daraku berposing depan masjid |
Setelah selesai mengikut imam, untuk Maghrib, kemudian teruskan dengan Jama' Takdim Isya' kami, perjalanan diteruskan lagi. Kepada suami, kunyatakan agar cepatlah berhenti makan, sebab perut macam dah masuk angin pun ada. Maka, keperluan perut kami dahulukan di Restoran Suria Perdana; yang menyediakan juadah istimewanya, nasi kukus.
Iftar sebenar di sini |
Nasi Kukus |
Setelah se'eh(bahasa Terengganu yang bermaksud penuh perut), kami pun meneruskan perjalanan yang berbaki lagi beberapa jam. Namun agak mencabar bila memandu dengan keadaan perut kenyang(bagi suamiku). Kami yang lain terlena semahu mungkin....Masya Allah.....
Asmaa' terlentok lena |
Ziad posing comel(macam renggang je matanya) |
Angah mengiring ayu |
Along dah nak tersedar masa gambarnya diambil |
Akhir dalam perjalanan, abang sempat singgah di Restoran Sate Pak Mezah & Seafood untuk beli juadah bagi sahur terakhir untuk ramadhan kali ini. Agak lama juga kami menunggu dalam kereta, kalau tidak masakan tak dapat mengambil pose-pose menarik anak-anak yang terlena tadi..
Sedap sate Pak Mezah ni! |
Tepat jam 12.45 pagi, genap-genap 12 jam perjalanan, maka sampailah kami ke rumah tempat di mana abang membesar, di Kampung Masjid Lama, Marang Terengganu ini. Agak banyak juga perubahan terkini, seperti wakaf di hadapan rumah yang sebelum ini tiada.
Semoga kepulangan kami di Aidilfitri tahun ini akan memberi seribu pengertian dan keinsafan buat hambaNya yang ingin menuju ke arah yang lebih sempurna demi mencapai kehendak di lubuk hati setiap yang bergelar hamba, sebagai hambaNya yang bertaqwa....
MAHAR CINTA SYAWAL
(oleh : Ust Pahrol)
Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir
Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!
Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan