|
Persiapan akhir untuk esok |
Masih lagi bersama anak sulungku, Abdullah Muzakkir bin Ahmad Shaipuddin, yang akan terus berjuang esok untuk subjek English dan Sains. Di penghujungnya pula ada Ujian Aptitud(ujian kelayakan) untuk ke Sekolah Berasrama Penuh.
|
English, Science dan Ujian Aptitud |
Semoga UPSR yang kau duduki tahun ini benar-benar bermakna untuk dirimu, sayang.... Bila kukenang kembali betapa sukarnya dikau dua belas tahun nan lalu, untuk mendapatkan sebuah kehidupan sejurus selepas kau dikurniakan kepada kami....akibat Chronic Lung Disease yang kau perolehi..... Tujuh puluh tujuh hari lamanya, ku menanti untuk memangku dan mendakap anak yang kulahirkan sendiri julung-julung kalinya dengan penuh keperitan dan kepayahan melalui detik-detik cemas dan penuh gusar...berbekalkan doa dan pengharapan di siang harinya dan munajat berpanjangan di lebihan hari dan malamnya....
|
X-Ray pesakit Chronoc Lung Disease |
Muzakkir sayangku, ibu doakan agar Allah akan sentiasa bersama perjuanganmu, insya Allah. Doa ibu dan ayah akan sentiasa bersamamu, semoga hayat yang dipinjamkan oleh Allah kepadamu ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk dirimu dan agama, bangsa serta negara....
....Amin.... :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan